Connect with us

Antarabangsa

Telefon bimbit, jam tangan pintar diharamkan di sekolah Belanda

Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Telefon bimbit, jam tangan pintar diharamkan di sekolah Belanda
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).
  • Peranti itu hanya dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.
  • “Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.
  • Larangan itu hasil persetujuan kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan. 

AMSTERDAM – Telefon bimbit, tablet dan jam tangan pintar akan diharamkan daripada bilik darjah di Belanda mulai 1 Januari 2024, kata kerajaan negara itu dalam usaha untuk mengehadkan gangguan semasa pembelajaran, lapor laman berita The Guardian semalam (Selasa).

Peranti itu hanya akan dibenarkan jika ia diperlukan secara khusus, contohnya semasa pembelajaran mengenai kemahiran digital atas sebab-sebab perubatan atau untuk orang kelainan upaya.

“Walaupun telefon mudah alih saling berkaitan dengan kehidupan kita, ia tidak boleh digunakan di dalam bilik darjah.

“Pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian dan perlu diberi peluang untuk belajar dengan baik. Menurut kajian saintifik, telefon bimbit adalah gangguan. Kita perlu melindungi para pelajar daripada perkara ini,” kata Menteri Pendidikan, Robbert Dijkgraaf.

Larangan itu adalah hasil persetujuan antara kementerian, sekolah dan organisasi berkaitan.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *