Connect with us

Terkini

Tambah waktu pembelajaran reproduktif bendung masalah sosial remaja – TPM

Kerajaan bercadang menambah waktu pembelajaran reproduktif di sekolah selepas isu perlakuan seksual membabitkan remaja semakin membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tambah waktu pembelajaran reproduktif bendung masalah sosial remaja – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kerajaan bercadang menambah waktu pembelajaran reproduktif di sekolah selepas isu perlakuan seksual membabitkan remaja semakin membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri, berkata cadangan itu akan dibawa oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada mesyuarat Kabinet akan datang.
  • “Ia bagi menimbulkan kesedaran kepada murid dan pelajar mengenai kesalahan melakukan kelakuan seksual serta kesan yang akan menimbulkan kebejatan sosial seperti mana saya katakan,” katanya.

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang menambah waktu pembelajaran reproduktif di sekolah selepas isu perlakuan seksual membabitkan remaja semakin membimbangkan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri, berkata cadangan itu akan dibawa oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kita lihat permasalahan kebejatan sosial, terutama apabila perlakuan seksual bermula seawal usia 13 tahun dan ini memerlukan beberapa tindakan antara kementerian, antaranya menambah waktu pembelajaran mengenai reproduktif.

“Ia bagi menimbulkan kesedaran kepada murid dan pelajar mengenai kesalahan melakukan kelakuan seksual serta kesan yang akan menimbulkan kebejatan sosial seperti mana saya katakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil 2 Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *