Connect with us

Terkini

‘Tabur gula-gula’, Syed Saddiq pertikai kerajaan umum bantuan ketika PRN

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan agenda bantuan kerajaan yang diberikan pada musim pilihan raya negeri berlangsung ketika belanjawan telah pun diluluskan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

‘Tabur gula-gula’, Syed Saddiq pertikai kerajaan umum bantuan ketika PRN
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan agenda bantuan kerajaan yang diberikan pada musim pilihan raya negeri berlangsung ketika belanjawan telah pun diluluskan. 
  • “Saya tiada masalah nak bagi bantuan kepada rakyat. Tetapi persoalannya, kenapa di tengah-tengah musim pilihan raya walhal belanjawan telah diluluskan?”
  • Itu kenyataan Syed Saddiq menerusi ciapan video di akaun Twitternya semalam ketika mengulas bantuan kerajaan seperti bantuan e-tunai RM100 kepada golongan berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah dan bantuan khas kepada penjawat awam di musim PRN.
  • “Dahulu bila pihak lawan buat,  kita tentang dan lawan. Kata ini ‘politik kotor’,’politik beli undi’. Tetapi kini lakukan perkara yang sama,” katanya.  

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan agenda bantuan kerajaan yang diberikan pada musim pilihan raya negeri berlangsung ketika belanjawan telah pun diluluskan. 

Itu kenyataan Syed Saddiq menerusi ciapan video di akaun Twitternya semalam ketika mengulas bantuan kerajaan seperti bantuan e-tunai RM100 kepada golongan berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah dan bantuan khas kepada penjawat awam di musim PRN. 

“Saya tiada masalah nak bagi bantuan kepada rakyat. Tetapi persoalannya, kenapa di tengah-tengah musim pilihan raya walhal belanjawan telah diluluskan? 

 “Ini bukan musim perayaan di mana bantuan khas diberikan kecuali perayaan pilihan ‘raya’ untuk berkempen. 

“Dahulu bila pihak lawan buat,  kita tentang dan lawan. Kata ini ‘politik kotor’,’politik beli undi’. Tetapi kini lakukan perkara yang sama,” katanya.  

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, kerajaan seharusnya memaklumkan perihal bantuan itu selepas tamatnya musim PRN.  

“Bukannya, hari ini umumkan esok duit terus masuk ke dalam poket pun. So, why now?” katanya. 

Beliau turut menyifatkan pemberian bantuan di musim pilihan raya itu seolah-olah mengulangi perkara yang dulunya ditentang dan disifatkan sebagai  ‘tabur gula-gula pilihanraya’ dan ‘cash is king’, namun kini hakikatnya adalah sama sahaja.

“Kita perlu konsisten dan berprinsip dalam berpolitik. Bukan dulu kata lain, kini buat lain. Be better,” katanya. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Syed Saddiq

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *