Antarabangsa
Sweden kutuk ‘Islamophobia’, – Kementerian Luar
Kerajaan Sweden, semalam, mengutuk tindakan membakar al-Quran yang dilakukan seorang lelaki di luar masjid utama Stockholm dengan menggelarnya sebagai tindakan ‘Islamophobia’, selepas badan Islam antarabangsa (OIC) menggesa langkah untuk mengelakkan pembakaran al-Quran pada masa depan.
- Kerajaan Sweden, semalam, mengutuk tindakan bakar al-Quran dilakukan seorang lelaki di luar masjid utama Stockholm dengan menggelarnya sebagai tindakan ‘Islamofobia’, selepas badan Islam antarabangsa (OIC) menggesa langkah untuk mengelakkan pembakaran al-Quran pada masa depan.
- “Kerajaan Sweden memahami sepenuhnya bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan oleh individu dalam demonstrasi di negara ini boleh menyinggung perasaan umat Islam.
- “Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini, yang sama sekali tidak mencerminkan pandangan kerajaan Sweden,” kata Kementerian Luar sambil menyatakan Sweden mempunyai kebebasan bersuara dilindungi perlembagaan.
- Sebelum ini, seorang lelaki warga Iraq yang menetap di Sweden bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di ibu negara Sweden.
STOCKHOLM: Kerajaan Sweden, semalam, mengutuk tindakan membakar al-Quran yang dilakukan seorang lelaki di luar masjid utama Stockholm dengan menggelarnya sebagai tindakan ‘Islamophobia’, selepas badan Islam antarabangsa (OIC) menggesa langkah untuk mengelakkan pembakaran al-Quran pada masa depan.
“Kerajaan Sweden memahami sepenuhnya bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan oleh individu dalam demonstrasi di negara ini boleh menyinggung perasaan umat Islam.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini, yang sama sekali tidak mencerminkan pandangan kerajaan Sweden,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan sambil menyatakan Sweden mempunyai kebebasan bersuara yang dilindungi oleh perlembagaan.
Sebelum ini, seorang lelaki warga Iraq yang menetap di Sweden bertindak membakar al-Quran di luar sebuah masjid di ibu negara Sweden.
Salwan Momika, 37, kini berdepan tuduhan dengan niat mencetuskan provokasi terhadap kumpulan etnik.
Perbuatan biadab dilakukan lelaki berkenaan di luar masjid di Stockholm ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. – AFP
Sumber: Berita Harian