Antarabangsa
Serangan rejim Israel ke atas Jenin adalah jenayah perang – Pakar PBB
Serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat minggu ini, membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin termasuk lima kanak-kanak, merupakan satu jenayah perang, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.

- Serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat minggu ini, membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin termasuk lima kanak-kanak, merupakan satu jenayah perang, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
- Rumah, bangunan pangsapuri dan infrastruktur turut musnah ketika serbuan dua hari pada Isnin dan Selasa itu dengan lebih 4,000 rakyat Palestin terpaksa melarikan diri.
- Pelapor khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Francesca Albanese dan pelapor khas mengenai hak asasi manusia pelarian dalaman, Paula Betancur berkata, tindakan Israel adalah “pelanggaran besar undang-undang antarabangsa dan piawaian mengenai penggunaan kekerasan dan mungkin merupakan jenayah perang”.
- “Serangan itu adalah yang paling ganas di Tebing Barat sejak kemusnahan kem Jenin pada 2002,” kata mereka.
NEW YORK CITY: Serangan Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat minggu ini, membunuh sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin termasuk lima kanak-kanak, merupakan satu jenayah perang, kata pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
Rumah, bangunan pangsapuri dan infrastruktur turut musnah ketika serbuan dua hari pada Isnin dan Selasa itu dengan lebih 4,000 rakyat Palestin terpaksa melarikan diri.
Pelapor khas PBB mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, Francesca Albanese dan pelapor khas mengenai hak asasi manusia pelarian dalaman, Paula Betancur berkata, tindakan Israel adalah “pelanggaran besar undang-undang antarabangsa dan piawaian mengenai penggunaan kekerasan dan mungkin merupakan jenayah perang”.
“Serangan itu adalah yang paling ganas di Tebing Barat sejak kemusnahan kem Jenin pada 2002,” kata mereka dipetik Arab News.
Francesca dan Paula turut membangkitkan laporan mengenai kru ambulans tidak dibenarkan masuk ke kem pelarian, sekali gus menghalang orang yang cedera daripada menerima bantuan perubatan.
“Serangan itu merupakan hukuman kolektif terhadap penduduk Palestin, yang telah dilabelkan sebagai ‘ancaman keselamatan kolektif’ di mata pihak berkuasa Israel’,” kata mereka.
Mereka juga menyatakan “kebimbangan besar” mengenai senjata dan taktik yang digunakan tentera rejim Israel terhadap penduduk Jenin.
“Rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki adalah orang yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa, dijamin semua hak asasi manusia, dan dianggap tidak bersalah,” kata Francesca dan Paula.
“Mereka tidak boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan kolektif oleh kuasa penjajah, lebih-lebih lagi semasa mereka memajukan penaklukan tanah Palestin yang diduduki, serta pemindahan dan perampasan penduduk Palestin,” kata mereka.
Operasi rejim Israel di Jenin disifatkan sebagai mewakili “pengukuhan keganasan struktur yang telah meresap” ke wilayah Palestin yang diduduki selama bertahun-tahun, kata mereka.
“Kebebasan hukuman yang dinikmati Israel atas tindakan keganasan mereka selama beberapa dekad hanya menyemarakkan dan memperhebatkan kitaran keganasan yang berulang,” kata mereka.
Pakar PBB juga menyeru rejim Israel bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa kerana “pendudukan haram dan tindakan ganas untuk mengekalkan kedudukan mereka”.
Mereka menambah, “untuk keganasan tanpa henti ini berakhir, pendudukan haram Israel mesti ditamatkan. Ia tidak boleh diperbetulkan atau diperbaiki dalam margin kerana ia adalah salah pada terasnya”.
Sumber: Arab News
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas