Terkini
Sanusi masih boleh bertanding PRN selagi tidak disabit bersalah – Peguam
Pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak membatalkan kelayakannya untuk bertanding sebagai calon pilihan raya negeri akan datang.
- Pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak membatalkan kelayakannya untuk bertanding sebagai calon pilihan raya negeri akan datang.
- Itu kenyataan Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid mengulas kes pendakwaan dan penahanan Menteri Besar Kedah berkaitan isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) baru-baru ini.
- Beliau berkata kelayakan atau kemenangan calon pilihan raya hanya akan terbatal sekiranya individu itu disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.
- “Dalam kes ini, Datuk Seri Sanusi mempunyai ruang pembelaan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan sebagai platform keadilan terakhir.
- Hanya setelah pertuduhan itu disabitkan di peringkat Mahkamah tertinggi barulah hukuman yang dijatuhkan akan berkuatkuasa,” kata peguam itu menerusi akaun Facebooknya semalam.
- Mohd Luttfi berkata selagi beliau belum didapati bersalah di peringkat mahkamah tertinggi, selagi itu beliau boleh terus berkempen, bertanding dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar bagi (kerajaan caretaker) negeri Kedah.
KUALA LUMPUR – Pendakwaan ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak membatalkan kelayakannya untuk bertanding sebagai calon pilihan raya negeri akan datang.
Itu kenyataan Pengerusi I-Peguam, Mohd Luttfi Abdul Khalid mengulas kes pendakwaan dan penahanan Menteri Besar Kedah berkaitan isu 3R (agama, kaum dan raja-raja) baru-baru ini.
Mohd Luttfi berkata kelayakan atau kemenangan calon pilihan raya hanya akan terbatal sekiranya individu itu telah disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman di mahkamah.
“Dalam kes ini, Datuk Seri Sanusi mempunyai ruang pembelaan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan sebagai platform keadilan terakhir.
“Hanya setelah pertuduhan itu disabitkan di peringkat Mahkamah tertinggi barulah hukuman yang dijatuhkan akan berkuatkuasa,” kata peguam itu menerusi akaun Facebooknya semalam.
Mohd Luttfi berkata selagi Sanusi belum didapati bersalah di peringkat mahkamah tertinggi, selagi itu beliau boleh terus berkempen, bertanding dan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar bagi (kerajaan caretaker) negeri Kedah.
“Kalau menang pun, kerusi yang dimenanginya tidak akan dikosongkan bagi membolehkan pilihan raya kecil dibuat.
“Apa yang Menteri Besar perlu berwaspada ialah supaya sebarang ucapan atau kenyataan selepas ini tidak melanggar undang-undang. Itu saja,” katanya.
Mohd Luttfi menegaskan pendakwaan dan pertuduhan ke atas Menteri Besar Kedah itu tidak menggambarkannya sebagai seorang penjenayah. –The Merdeka Times
Sumber: Mohd Luttfi