Connect with us

Antarabangsa

Samakan al-Quran dengan autobiografi Hitler, lelaki Belanda dihadap ke mahkamah

Seorang lelaki warga Belanda akan dihadapkan ke mahkamah di sini, atas tuduhan menghina selepas mengoyak al-Quran di luar Parlimen selain menyamakan kitab itu dengan `Mein Kampf’ iaitu autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Samakan al-Quran dengan autobiografi Hitler, lelaki Belanda dihadap ke mahkamah
Foto: Gambar lelaki yang menghina selepas mengoyak al-Quran di luar Parlimen, Edwin Wagensveld (kiri) dan autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler, 'Mein Kampf' (kanan).
  • Seorang lelaki warga Belanda akan dihadapkan ke mahkamah di sini, atas tuduhan menghina selepas mengoyak al-Quran di luar Parlimen selain menyamakan kitab itu dengan `Mein Kampf’ iaitu autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
  • Edwin Wagensveld, 54, mengetuai wilayah Belanda dalam kumpulan gerakan anti-Islam diasaskan Jerman dikenali Pegida, melakukan protes itu di sini pada Januari, lapor media Belanda.
  • Pendakwa raya berkata pada April lalu mereka membuka siasatan jenayah ke atas seorang warga Belanda berusia 54 tahun yang menetap di Jerman berhubung insiden mencetuskan kemarahan dunia Islam.
  • “Perkhidmatan Pendakwaan Awam memutuskan untuk memanggil suspek. Beliau sepatutnya hadir di mahkamah pada 10 Ogos,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.
  • Pendakwa raya berkata, tindakan mengoyak al-Quran bukanlah satu kesalahan jenayah di Belanda kerana toleransi berhubung kritikan agama.
  • Bagaimanapun, katanya, kata-kata Wagensveld boleh dikira sebagai ‘penghinaan secara berkumpulan’ dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan Belanda yang menyatakan bahawa tindakan sengaja menghina sekumpulan orang kerana agama atau kepercayaan mereka adalah satu jenayah.
  • Media Belanda melaporkan, Wagensveld mengoyakkan al-Quran sebelum membaca naskhah itu sambil berkata, ‘al-Quran adalah kitab fasis. Ia teruk sebagaimana Mein Kampf. Pengikutnya mempunyai ideologi sama seperti Hitler’.

THE HAGUE, Belanda: Seorang lelaki warga Belanda akan dihadapkan ke mahkamah di sini, atas tuduhan menghina selepas mengoyak al-Quran di luar Parlimen selain menyamakan kitab itu dengan `Mein Kampf’ iaitu autobiografi yang ditulis pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Edwin Wagensveld, 54, mengetuai wilayah Belanda dalam kumpulan gerakan anti-Islam diasaskan Jerman dikenali Pegida, melakukan protes itu di sini pada Januari, lapor media Belanda.

Pendakwa raya berkata pada April lalu mereka membuka siasatan jenayah ke atas seorang warga Belanda berusia 54 tahun yang menetap di Jerman berhubung insiden yang mencetuskan kemarahan dunia Islam.

“Perkhidmatan Pendakwaan Awam memutuskan untuk memanggil suspek. Beliau sepatutnya hadir di mahkamah pada 10 Ogos,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Pendakwa raya berkata, tindakan mengoyak al-Quran bukanlah satu kesalahan jenayah di Belanda kerana toleransi berhubung kritikan agama.

Bagaimanapun, katanya, kata-kata Wagensveld boleh dikira sebagai ‘penghinaan secara berkumpulan’ dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan Belanda yang menyatakan bahawa tindakan sengaja menghina sekumpulan orang kerana agama atau kepercayaan mereka adalah satu jenayah.

Jika disabitkan atas kesalahan, ia boleh membawa kepada hukuman penjara minimum satu tahun atau denda 9,000 Euro (RM45,629).

Media Belanda melaporkan, Wagensveld mengoyakkan al-Quran sebelum membaca naskhah itu sambil berkata, ‘al-Quran adalah kitab fasis. Ia teruk sebagaimana Mein Kampf. Pengikutnya mempunyai ideologi yang sama seperti Hitler’.

Turkiye memanggil duta Belanda selepas kejadian itu yang turut membawa kepada ancaman terhadap konsulat Belanda di Istanbul.

Beratus-ratus orang kemudiannya mengadakan perarakan aman di sini, membantah kebencian terhadap umat Islam.

Satu lagi insiden pembakaran al-Quran berlaku baru-baru ini di Eropah termasuk di Stockholm bulan lalu, apabila seorang lelaki membakar halaman naskhah kitab suci itu di luar masjid utama ibu negara Sweden itu.

Tindakan Sweden memberi kebenaran untuk penganjuran protes berkenaan menimbulkan kemarahan ramai terutama dunia Islam dan mendorong Turkiye mengancam membatalkan tawaran Sweden untuk menyertai pakatan pertahanan Trans-Atlantik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Ahli Parlimen anti-Islam Belanda, Geert Wilders, yang didapati bersalah atas tindakan diskriminasi pada 2016 berhubung komen dibuat ke atas penduduk Maghribi yang tinggal di Belanda sebelum ini, turut menyamakan al-Quran dengan Mein Kampf, malah menyifatkan kedua-dua kitab itu perlu diharamkan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *