Antarabangsa
Ruang udara Sudan ditutup hingga pertengahan Ogos
Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara Sudan sehingga 15 Ogos, kecuali untuk penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan, lapor Xinhua memetik kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum pada Isnin.
- Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara Sudan sehingga 15 Ogos, kecuali untuk penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan, lapor Xinhua memetik kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum pada Isnin.
- Ruang udara Sudan ditutup sejak tercetusnya pertempuran pada pertengahan April berikutan sistem navigasi udara di lapangan terbang itu terjejas akibat konflik antara dua puak yang bertelagah.
- Pada 15 April, konflik bersenjata meletus antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces, menyebabkan lebih 3,000 terkorban dan lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.
KHARTOUM, 31 Julai (Bernama-Xinhua) — Pihak berkuasa penerbangan awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara Sudan sehingga 15 Ogos, kecuali untuk penerbangan bantuan kemanusiaan dan pemindahan, lapor Xinhua memetik kenyataan Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum pada Isnin.
Ruang udara Sudan ditutup sejak tercetusnya pertempuran pada pertengahan April berikutan sistem navigasi udara di lapangan terbang itu terjejas akibat konflik antara dua puak yang bertelagah.
Pada 15 April, konflik bersenjata meletus antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces, menyebabkan lebih 3,000 terkorban dan lebih 6,000 cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan.
Sejak konflik meletus di Sudan, lebih tiga juta orang hilang tempat tinggal sama ada di dalam atau di luar negara, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sumber: Bernama