Antarabangsa
RSS bukan pertubuhan anti-Islam atau anti-Kristian – Mohan Bhagwat
Ketua Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat pada Selasa berkata RSS bukan pertubuhan anti-Islam atau anti-Kristian tetapi bekerja dengan pemikiran positif untuk menyatukan umat Hindu.
- Ketua Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat pada Selasa berkata RSS bukan pertubuhan anti-Islam atau anti-Kristian tetapi bekerja dengan pemikiran positif untuk menyatukan umat Hindu.
- Memetik perbincangan mengenai RSS yang menjangkau umat Islam, Mohan berkata sebagai sebuah organisasi, RSS bukanlah anti-Muslim.
- “Walaupun RSS adalah pertubuhan Hindu, ideologi kami bukan anti-Muslim atau anti-Kristian. Dalam keadaan tertentu, adalah wajar bahawa akan ada reaksi terhadap sesuatu situasi,” kata Mohan.
- Beliau juga menekankan RSS tidak berfungsi pada ideologi reaksioner (individu yang menghalang kemajuan atau berfikiran kolot) tetapi pada pemikiran positif.
Mumbai: Ketua Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Mohan Bhagwat pada Selasa berkata RSS bukan pertubuhan anti-Islam atau anti-Kristian tetapi bekerja dengan pemikiran positif untuk menyatukan umat Hindu.
Menurut laporan Hindustan Times, beliau berkata demikian pada pelancaran terjemahan Marathi, biografi veteran RSS mendiang Laxmanrao Inamdar yang dikenali sebagai ‘Vakilsaheb’, bertajuk ‘Setubandh’.
Biografi itu ditulis bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Rajabhau Nene kira-kira 39 tahun lalu di Gujarati.
Memetik perbincangan mengenai RSS yang menjangkau umat Islam, Mohan berkata sebagai sebuah organisasi, RSS bukanlah anti-Muslim.
“Walaupun RSS adalah pertubuhan Hindu, ideologi kami bukan anti-Muslim atau anti-Kristian. Dalam keadaan tertentu, adalah wajar bahawa akan ada reaksi terhadap sesuatu situasi,” kata Mohan.
Beliau juga menekankan bahawa RSS tidak berfungsi pada ideologi reaksioner (individu yang menghalang kemajuan atau berfikiran kolot) tetapi pada pemikiran positif.
“Kami tidak mengikuti ideologi reaksioner tetapi bekerja pada pemikiran positif untuk membawa Hindu bersama-sama sebagai sebuah organisasi Hindu,” katanya.
Mohan berkata RSS tidak menganggap sesiapa sebagai individu asing atau orang luar dan percaya bahawa hidup harus diteruskan walaupun seseorang itu meninggalkan atau memberhentikan sangh (kumpulan yang teratur dengan matlamat atau minat yang dikongsi).
RSS sebelum ini sering dikaitkan dengan insiden serangan atau penindasan ke atas etnik agama minoriti di India, khususnya penganut Islam dan Kristian di negara majoriti Hindu itu.
Sumber: Hindustan Times