Antarabangsa
Rogol dua adik ketika kanak-kanak, lelaki dihukum penjara lebih 15 tahun dan sebatan
Terdedah kepada bahan lucah sejak usia 10 tahun menyebabkan seorang lelaki merogol dua adiknya perempuannya seawal usia 12 tahun.

- Seorang lelaki berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun setengah dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 26 Jun lalu.
- Dia mengaku bersalah kerana merogol dua adik perempuannya dari 2010 hingga 2014.
- Ketika kejadian pertama pada 2010, dia baru berusia 12 tahun dan adik pertamanya berusia 11 tahun. Dia merogol adik keduanya yang berusia 10 tahun pada 2014.
- Pelaku tidak mempunyai sokongan keluarga yang utuh memandangkan ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil menyebabkannya hilang figura seorang bapa dalam hidupnya.
- Pelaku juga sering melihat ibunya membawa pulang pasangan berbeza membuatkannya maklum betapa ibunya aktif secara seksual, sekaligus membentuk pemahaman yang salah mengenai keintiman seksual sejak muda.
Terdedah kepada bahan lucah sejak usia 10 tahun menyebabkan seorang lelaki merogol dua adiknya perempuannya seawal usia 12 tahun.
Memetik laporan South China Morning Post, pelaku yang kini berusia 25 tahun dijatuhi hukuman penjara 15 tahun setengah dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 26 Jun lalu.
Dia mengaku bersalah atas setiap satu pertuduhan melakukan perbuatan seksual melibatkan penetrasi terhadap individu di bawah umur 16 tahun.
11 lagi pertuduhan turut diambil kira, kebanyakannya kesalahan seksual terhadap adik perempuannya. Mangsa kini masing-masing berusia 24 dan 19 tahun.
Kesemua pihak terlibat dalam kes ini dirahsiakan identiti berikutan arahan gag-order dari mahkamah.
Sebahagian besar daripada kesalahan itu berlaku antara 2010 dan 2014 ketika tiga beradik itu tinggal bersama ibu tunggal mereka di sebuah flat perumahan dua bilik.
Ketika pelaku berusia 12 hingga 16 tahun, dia sering menyasarkan adik-adiknya yang tidur di atas tilam di ruang tamu ketika ibu mereka sedang tidur.
Dalam kejadian pada 2010, pelaku dan mangsa yang lebih tua (berusia 11 tahun ketika kejadian) sedang menonton rancangan televisyen kanak-kanak bersama sebelum pelaku menyerang mangsa.
Memetik kejadian pada 2013, pihak pendakwaan berkata mangsa “membenarkan” perlakuan seksual abangnya itu kerana dia telah diperlakukan secara seksual berulang kali selama bertahun-tahun.
Pelaku meneruskan perbuatan itu apabila dia mula menduduki bilik tidur tunggal rumah itu dengan mengajak adik-adiknya mengikutinya ke bilik itu.
Pada tahun 2014 ketika mangsa berusia 15 tahun, dia menolak permintaan abangnya untuk pergi ke bilik tidur kerana enggan melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun dia mengalah kerana berharap pelaku tidak akan meminta melakukan seks lagi selepas itu.
Pada tahun sama, pelaku merogol adik mangsa pula (berusia 10 tahun ketika kejadian) ketika mereka bertiga sedang menonton televisyen.
Mangsa yang lebih tua tidak menyedari perlakuan itu memandangkan dia duduk di hadapan mereka.
Perlakuan jijik selama bertahun-tahun ini terbongkar pada 2020 apabila mangsa yang lebih tua mengalami gangguan emosi di kolej dan merujuk kepada kaunselor.
Selepas dipujuk, akhirnya dia bersetuju untuk membuat laporan polis yang menyebabkan abangnya ditahan pada November tahun itu.
Institut Kesihatan Mental mengesahkan pelaku tidak mempunyai penyakit mental ketika melakukan kesalahan.
Dia juga disahkan tiada sebarang kecacatan intelek dan tidak mempunyai gangguan pedofilik.
Nakoorsha Abdul Kadir, Rasveen Kaur dan Michelle Tang selaku peguam mewakili pelaku memberitahu perlakuan itu turut berpunca dari latar belakang keluarga pelaku.
Pelaku tidak mempunyai sokongan keluarga yang utuh memandangkan ibu bapanya bercerai ketika dia masih kecil menyebabkannya hilang figura seorang bapa dalam hidupnya.
Selain itu, pelaku juga sering melihat ibunya membawa pulang pasangan berbeza membuatkannya maklum betapa ibunya aktif secara seksual.
Melalui pengalaman ini, lelaki itu membentuk pemahaman yang salah mengenai keintiman seksual sejak muda.
Sumber: South China Morning Post
