Connect with us

Terkini

RM6.8 juta kompaun majikan gagal jaga kebajikan pekerja

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM6.8 juta ke atas majikan didapati gagal menjaga kebajikan pekerja masing-masing.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

RM6.8 juta kompaun majikan gagal jaga kebajikan pekerja
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM6.8 juta ke atas majikan didapati gagal menjaga kebajikan pekerja masing-masing.
  • Ia hasil penguatkuasaan JTKSM bermula Januari 2022 hingga 28 Jun lalu dengan 2,396 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022.
  • Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abd Wahab, daripada 2,396 kertas siasatan dibuka, 1,445 siasatan dijalankan mengikut Akta Kerja 1955, Akta 446 (746 siasatan) dan PGM 2022 (202 siasatan).
  • “Sebanyak RM6.8 juta kompaun dikeluarkan dengan RM5.6 juta kompaun untuk kesalahan mengikut Akta 446, Akta Kerja 1955 (RM1.2 juta) dan PGM 2022 (RM1,500).”

KUALA LANGAT: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM6.8 juta ke atas majikan didapati gagal menjaga kebajikan pekerja masing-masing.

Ia hasil penguatkuasaan JTKSM bermula Januari 2022 hingga 28 Jun lalu dengan 2,396 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Mohd Asri Abd Wahab, daripada 2,396 kertas siasatan yang dibuka, 1,445 siasatan dijalankan mengikut Akta Kerja 1955, Akta 446 (746 siasatan) dan PGM 2022 (202 siasatan).

“Sebanyak RM6.8 juta kompaun dikeluarkan dengan RM5.6 juta kompaun untuk kesalahan mengikut Akta 446, Akta Kerja 1955 (RM1.2 juta) dan PGM 2022 (RM1,500).

“Dalam tempoh sama, beberapa majikan berjaya diheret ke mahkamah dan hasil pendakwaan dijalankan membawa kepada tuntutan denda berjumlah RM495,300,” katanya pada sidang media Operasi Penguatkuasaan Perburuhan Secara Bersepadu Selangor di sebuah tapak pembinaan projek perumahan di Bandar Saujana Putra, Jenjarom, di sini, hari ini.

Operasi yang diketuai Mohd Asri turut disertai Setiausaha Bahagian Dasar Kementerian Sumber Manusia (KSM), S Siva Kumar dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Selangor, Jasmi Mohd Salleh.

Operasi turut disertai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), CIDB Selangor dan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dengan kekuatan keseluruhan anggota operasi seramai 74 orang.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata majikan yang menggajikan pekerja tidak kira warga tempatan atau warga asing perlu mematuhi segala peraturan yang digariskan menerusi tiga akta berkenaan.

“Antaranya, menyediakan tempat tinggal dengan ruang selesa dan selamat termasuk katil, tilam dan almari serta kemudahan lain seperti tempat memasak, tandas dan bilik air mencukupi.

“Majikan juga perlu mempunyai Perakuan Penginapan daripada JTKSM dalam memastikan segala kebajikan dan keperluan pekerja memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Siva Kumar memaklumkan tapak binaan yang diperiksa hari ini didapati menggajikan 338 pekerja tempatan dan 700 pekerja asing dengan majikan menyediakan 120 kontena sebagai kediaman.

“Walaupun majikan menyediakan penginapan tetapi ia tidak mempunyai Perakuan Penginapan JTKSM dan tidak pernah membuat permohonan untuk perakuan itu seperti yang tertakluk dalam Akta 446.

“Majikan didapati melakukan pelanggaran beberapa akta membabitkan beberapa agensi iaitu empat kesalahan membabitkan Akta 446, dan satu kesalahan mengikut Akta Kerja 1955 dengan empat kertas siasatan dibuka,” katanya.

Selain itu, majikan juga didapati melakukan kesalahan di bawah akta dikuatkuasakan JKKP dengan 10 kesalahan antaranya besi rebar terdedah, pendawaian elektrik yang tidak selamat dan juga laluan pekerja terhalang selain beberapa kesalahan di bawah bidang kuasa CIDB dan PERKESO.

Sumber: Berita Harian

Author