Antarabangsa
Rejim Israel serang Lubnan susulan serangan mortar
Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.

- Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.
- “Sebagai tindak balas, IDF (rejim Israel) akan menyerang kawasan yang dikesan lokasi pelancaran dilakukan itu di wilayah Lubnan,” menurut tentera dalam satu kenyataan.
- Agensi berita rasmi ANI Lubnan berkata, Israel sudah melepaskan lebih 15 peluru meriam yang menyasarkan sekitar komuniti Kfar Chouba dan Halta.
BAITULMAQDIS : Rejim Israel memberitahu sedang melakukan serangan di selatan Lubnan susulan serangan mortar dari negara jirannya itu meletup di kawasan sempadan kedua-dua musuh.
“Sebagai tindak balas, IDF (rejim Israel) akan menyerang kawasan yang dikesan lokasi pelancaran dilakukan itu di wilayah Lubnan,” menurut tentera dalam satu kenyataan.
Agensi berita rasmi ANI Lubnan berkata, Israel sudah melepaskan lebih 15 peluru meriam yang menyasarkan sekitar komuniti Kfar Chouba dan Halta.
Kedua-dua negara masih berperang secara teknikal dan pasukan pengaman dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengawal sempadan antara kedua-dua negara berjiran.
Tembakan rentas sempadan terbaru berlaku selepas Israel mengebom Lubnan pada April, sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilepaskan dari negara itu.
Sumber: Berita Harian
