Connect with us

Terkini

Rejim Israel mesti diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – MAPIM

“Rejim Israel mesti diseret ke The International Criminal Court (ICC) kerana jenayahnya dan langkah-langkah mesti diambil untuk mendakwa Israel,” gesa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam sebuah kenyataan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel mesti diseret ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa – MAPIM
Foto: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
  • “Rejim Israel mesti diseret ke The International Criminal Court (ICC) kerana jenayahnya dan langkah-langkah mesti diambil untuk mendakwa Israel,” gesa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam sebuah kenyataan.
  • Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyaksikan keganasan berterusan Israel terhadap semua undang-undang antarabangsa bahkan rejim itu sentiasa terlepas dari tindakan jenayah dan melanggar semua klausa hak asasi manusia dalam pengisytiharan PBB.
  • MAPIM menyeru PBB meletakkan Israel bertanggungjawab atas semua kekejaman yang dilakukan sekali gus menekankan bahawa mereka tidak boleh bersikap double standard terhadap jenayah rejim Zionis.
  • Mohd Azmi memuji keengganan Ketua PBB menarik balik kecaman terhadap serbuan rejim haram aparteid Israel di Jenin.
  • Ujarnya, “Kami menyokong Setiausaha Agung, Antonio Guterres kerana berdiri teguh di atas kebenciannya terhadap tindakan jenayah Israel. Kami mengutuk Duta Israel PBB, Gilad Erdan yang mengecam Guterres atas kritikannya terhadap serangan tentera Israel ke atas Jenin.”

SHAH ALAM – “Rejim Israel mesti diseret ke The International Criminal Court (ICC) kerana jenayahnya dan langkah-langkah mesti diambil untuk mendakwa Israel,” gesa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam sebuah kenyataan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyaksikan keganasan berterusan Israel terhadap semua undang-undang antarabangsa bahkan rejim itu sentiasa terlepas dari tindakan jenayah dan melanggar semua klausa hak asasi manusia dalam pengisytiharan PBB.

Justeru, MAPIM menyeru PBB meletakkan Israel bertanggungjawab atas semua kekejaman yang dilakukan sekali gus menekankan bahawa mereka tidak boleh bersikap double standard terhadap jenayah rejim Zionis.

Sementara itu, Mohd Azmi memuji keengganan Ketua PBB menarik balik kecaman terhadap serbuan rejim haram aparteid Israel di Jenin.

Ujarnya, “Kami menyokong Setiausaha Agung, Antonio Guterres kerana berdiri teguh di atas kebenciannya terhadap tindakan jenayah Israel. Kami mengutuk Duta Israel PBB, Gilad Erdan yang mengecam Guterres atas kritikannya terhadap serangan tentera Israel ke atas Jenin.”

Tempelak beliau, “PBB perlu melakukan lebih daripada sekadar kutukan. Serangan Israel ke atas Jenin adalah jenayah perang yang jelas, Israel tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman kerana serangan biadabnya terhadap orang awam.”

Tambahnya, serangan tersebut jelas mensasarkan penduduk awam kerana menyebabkan lebih 100 penduduk cedera, sekolah dan hospital rosak serta rangkaian air dan elektrik terganggu.

Lebih teruk lagi, Zionis Israel menghalang mangsa yang cedera daripada menerima rawatan perubatan tetapi malangnya Majlis Keselamatan tetap tidak mengambil tindakan terhadap jenayah mereka.

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *