Antarabangsa
Pusat Pengalaman Islam pertama dunia dibina di Belanda
Pusat Pengalaman Islam pertama dunia dibina di Belanda untuk memecahkan prasangka terhadap Islam, lapor Agensi Anadolu.
- Pusat Pengalaman Islam pertama dunia dibina di Belanda untuk memecahkan prasangka terhadap Islam, lapor Agensi Anadolu.
- Pusat ini ditubuhkan di bandar Rotterdam oleh Yayasan Pusat Pengalaman Islam yang diasaskan dan diwakili bekas ahli politik Islamofobia, Joram Van Klaveren yang memeluk Islam pada 2019.
- Cermin mata realiti maya, hologram dan teknologi bunyi 8D digunakan di Pusat Pengalaman Islam itu yang bertujuan menerangkan agama Islam dan menghapuskan prasangka terhadap agama itu dan penganut Islam.
Pusat Pengalaman Islam pertama dunia dibina di Belanda untuk memecahkan prasangka terhadap Islam, lapor Agensi Anadolu.
Pusat ini ditubuhkan di bandar Rotterdam oleh Yayasan Pusat Pengalaman Islam yang diasaskan dan diwakili bekas ahli politik Islamofobia, Joram Van Klaveren yang memeluk Islam pada 2019.
Cermin mata realiti maya, hologram dan teknologi bunyi 8D digunakan di Pusat Pengalaman Islam itu yang bertujuan menerangkan agama Islam dan menghapuskan prasangka terhadap agama itu dan penganut Islam.
Van Klaveren berkata dia mula menggunakan teknologi tinggi untuk menerangkan Islam kepada pelajar di sekolah dan membuka pusat itu selepas menerima permintaan yang tinggi.
“Pertama, kita hendak maklumkan kepada orang ramai tentang Islam. Kedua, kita mahu prasangka hilang. Orang-orang, terutama di Barat, kadang-kadang mempunyai idea yang pelik tentang Islam. Ini kerana kekurangan pengetahuan.
“Kami mahu mengubahnya dengan pusat ini. Ketiga, kami mahu orang ramai mempunyai pemahaman yang luas antara satu sama lain,” katanya.
Dalam pada itu, Van Klaveren berkhidmat sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Kebebasan (PVV) sayap kanan pada 2010-2014.
Dia meletak jawatan selepas Ketua PVV, Geert Wilders mengeluarkan kenyataan perkauman tentang orang Maghribi dan menubuhkan partinya sendiri tetapi gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya kebangsaan 2017 sebelum berhenti daripada politik.
Sumber: Middle East Monitor