Connect with us

Antarabangsa

Pusat arahan pejuang Palestin diserang tentera Israel

Tentera Israel menyerang pusat arahan pejuang Palestin di bandar Jenin Tebing Barat dalam serangan pada awal pagi tadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pusat arahan pejuang Palestin diserang tentera Israel
Foto: Gambar pusat arahan pejuang Palestin diserang tentera Israel di bandar Jenin Tebing Barat.
  • Tentera Israel menyerang pusat arahan pejuang Palestin di bandar Jenin Tebing Barat dalam serangan pada awal pagi tadi.
  • Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang ‘pusat operasi bersama’ yang berfungsi sebagai pusat arahan untuk pejuang dari Briged Jenin – sebuah unit bersenjata yang terdiri daripada setiap kumpulan pejuang yang berbeza.
  • Katanya, serangan itu dilakukan kerana sasaran berfungsi sebagai ‘pusat pemerhatian dan peninjauan lanjutan’ serta tapak senjata dan bahan letupan dan hab penyelarasan dan komunikasi untuk pejuang.
  • Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan itu.
  • Penduduk tempatan berkata, peluru berpandu dilepaskan mengenai sebuah rumah.

BAITULMAQDIS – Tentera Israel menyerang pusat arahan pejuang Palestin di bandar Jenin Tebing Barat dalam serangan pada awal pagi tadi.

Menurut penduduk tempatan, serangan peluru berpandu yang dilepaskan tentera pengganas itu mengorbankan sekurang-kurangnya seorang penduduk.

Tentera Israel berkata, pihaknya menyerang ‘pusat operasi bersama’ yang berfungsi sebagai pusat arahan untuk pejuang dari Briged Jenin – sebuah unit bersenjata yang terdiri daripada setiap kumpulan pejuang yang berbeza.

Namun, ia enggan menyatakan sama ada serangan pada Isnin turut membabitkan dron.

Bagaimanapun, katanya, serangan itu dilakukan kerana sasaran berfungsi sebagai ‘pusat pemerhatian dan peninjauan lanjutan’ serta tapak senjata dan bahan letupan dan hab penyelarasan dan komunikasi untuk pejuang.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan itu.

Penduduk tempatan berkata, peluru berpandu yang dilepaskan mengenai sebuah rumah.

Bulan lalu, tentera rejim Zionis membunuh tiga lelaki bersenjata berhampiran Jenin, dalam serangan dron pertama di Tebing Barat sejak 2006 ketika keganasan di seluruh rantau itu meningkat.

Tentera Israel telah melakukan serbuan tetap di Jenin – di utara Tebing Barat – di mana kumpulan pejuang Palestin termasuk Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Jihad Islam mempunyai ratusan pejuang bersenjata.

Hanya beberapa hari sebelum serangan dron bulan lalu, tentera menggunakan helikopter tempur bagi membantu mengeluarkan tentera dan kenderaan daripada serbuan ke atas bandar berkenaan.

Ia selepas pejuang menggunakan bahan letupan terhadap sepasukan anggota tentera yang dihantar untuk menangkap dua pejuang. – Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *