Connect with us

Terkini

PRN: DAP lapor polis Muhyiddin sentuh isu kalimah Allah

DAP Pulau Pinang membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan Kerajaan Perpaduan dikendalikan bukan Melayu susulan isu kalimah Allah.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: DAP lapor polis Muhyiddin sentuh isu kalimah Allah
Foto: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid (dua dari kiri) membuat laporan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin membabitkan ucapannya.
  • DAP Pulau Pinang membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan Kerajaan Perpaduan dikendalikan bukan Melayu susulan isu kalimah Allah.
  • Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin membabitkan ucapannya.
  • “Penyalahgunaan kaum dan agama dalam kempen politik adalah satu jalan merbahaya yang mengancam fabrik masyarakat majmuk di Malaysia.
  • “Tindakan ini juga menunjukkan parti tersebut dipenuhi penipuan semata-mata dan tidak wajar lagi rakyat memberi perhatian kepada mereka ini,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon, di sini, hari ini.

GEORGE TOWN – DAP Pulau Pinang membuat satu laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan Kerajaan Perpaduan dikendalikan bukan Melayu susulan isu kalimah Allah.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin membabitkan ucapannya.

Beliau juga melabelkan PN sebagai sebuah parti munafik susulan masih memainkan isu agama, kaum dan raja (3R) meskipun telah berjanji pada Jun lalu tidak akan menyentuh elemen tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Tindakan menunggang agama demi memecahbelahkan rakyat bagi mendapat manfaat politik bukan sahaja tidak beretika, malah merupakan pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip yang menyatukan negara.

“Penyalahgunaan kaum dan agama dalam kempen politik adalah satu jalan merbahaya yang mengancam fabrik masyarakat majmuk di Malaysia.

“Tindakan ini juga menunjukkan parti tersebut dipenuhi penipuan semata-mata dan tidak wajar lagi rakyat memberi perhatian kepada mereka ini,” katanya pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon, di sini, hari ini.

Tambah Syerleena, tindakan Muhyiddin juga dilihat untuk memecahbelahkan rakyat dengan meniupkan ketakutan berkaitan sentimen agama.

“Pemimpin politik sepatutnya perlu komited pada isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat bukannya mengeksploitasi sentimen kaum dan agama untuk manfaat politik singkat.

“Politik menakut-nakutkan dan menunggang agama adalah seperti racun yang meresap ke hati dan minda masyarakat dibimbangi mampu menukarkan jiran menjadi musuh.

“Sehubungan itu, saya menggesa rakyat Malaysia bangkit dan menolak politik perkauman dan agama yang boleh menghancurkan nilai dan aspirasi kita bersama,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending