Connect with us

Antarabangsa

Podcaster siarkan pandangan Islamofobia disabit kesalahan hasutan keganasan

Dua pengacara siri podcast neo-Nazi yang menggalakkan pendengar melakukan tindakan ganas terhadap etnik minoriti disabitkan dengan kesalahan keganasan ekoran perbicaraan di Kingston Crown Court pada 7 Julai lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Podcaster siarkan pandangan Islamofobia disabit kesalahan hasutan keganasan
Foto: Dua pengacara siri podcast neo-Nazi, Christopher Gibbons (kiri) dan Tyrone Patten-Walsh (kanan).
  • Dua pengacara siri podcast neo-Nazi yang menggalakkan pendengar melakukan tindakan ganas terhadap etnik minoriti disabitkan dengan kesalahan keganasan ekoran perbicaraan di Kingston Crown Court pada 7 Julai lalu.
  • Christopher Gibbons, 40, dan Tyrone Patten-Walsh, 35, menyiarkan pandangan Islamofobia, homofobik, perkauman, anti semitik dan misoginis menerusi podcast Black Wolf Radio mereka.
  • Menurut laporan The Muslim News, mereka juga menggalakkan pendengar keluar dan melakukan tindakan keganasan.
  • Antara 3 Mac 2019 dan 9 Februari 2020, duo dari London itu menyiarkan 21 episod rancangan itu yang ditonton lebih 152,000 kali oleh lebih 1,000 pelanggan.

Dua pengacara siri podcast neo-Nazi yang menggalakkan pendengar melakukan tindakan ganas terhadap etnik minoriti disabitkan dengan kesalahan keganasan ekoran perbicaraan di Kingston Crown Court pada 7 Julai lalu.

Christopher Gibbons, 40, dan Tyrone Patten-Walsh, 35, menyiarkan pandangan Islamofobia, homofobik, perkauman, anti semitik dan misoginis menerusi podcast Black Wolf Radio mereka.

Menurut laporan The Muslim News, mereka juga menggalakkan pendengar keluar dan melakukan tindakan keganasan.

Antara 3 Mac 2019 dan 9 Februari 2020, duo dari London itu menyiarkan 21 episod rancangan itu yang ditonton lebih 152,000 kali oleh lebih 1,000 pelanggan.

Bekas calon majlis UKIP dari Romford, Tyrone dan bekas calon majlis UKIP dari Carshalton, selatan London, Christopher itu turut mengagungkan Brenton Tarrant, yang melakukan aksi tembakan rambang yang membunuh 51 lelaki, wanita dan kanak-kanak Islam di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 2019.

Kedua-dua podcaster itu kemudiannya ditangkap pada 18 Mei 2021. 

Komander Dominic Murphy yang mengetuai Komando Membanteras Keganasan Polis Metropolitan berkata, “Christopher dan Tyrone berpendapat bahawa fakta mereka menyiarkan pandangan kebencian dan menyokong tindakan pengganas secara jelas, pada platform radio dan podcast, bagaimanapun memberi mereka sedikit kesahihan dan bermakna mereka tidak akan menghadapi sebarang kesan”.

“Jika anda terjumpa kandungan pelampau dalam talian, laporkan kepada polis dan kami akan bertindak. Maklumat daripada orang ramai amat penting dalam usaha kita memerangi keganasan,” kata Dominic.

Video dan fail dianalisis sepasukan pegawai pakar anti-keganasan internet dan mereka mendapati pelaku melanggar undang-undang keganasan.

Antaranya, pegawai mengenal pasti tujuh video dan dokumen lanjut yang mengandungi pandangan ekstremis dan mengandungi imej, retorik atau maklumat yang menggalakkan orang lain melakukan tindakan pengganas.

Kedua-dua lelaki itu dibicarakan atas lapan pertuduhan melakukan tindakan keganasan yang menggalakkan (bertentangan dengan Seksyen 1 Akta Keganasan 2006) bagi setiap kiraan berkaitan dengan episod podcast yang berbeza. 

Christopher turut dibicarakan atas dua pertuduhan menyebarkan penerbitan pengganas (bertentangan dengan Seksyen 2 Akta Keganasan 2006). 

Mereka didapati bersalah atas semua pertuduhan dan direman dalam tahanan untuk dijatuhkan hukuman pada 26 September depan.

Sumber: The Muslim News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *