Connect with us

Terkini

PMX digesa lebih agresif perkasa bahasa kebangsaan, bukan bahasa tambahan

“Dalam keadaan ramai rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, kini kerajaan mahu gerakkan inisiatif belajar bahasa tambahan pula,” kata Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Aminuddin Yahaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PMX digesa lebih agresif perkasa bahasa kebangsaan, bukan bahasa tambahan
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Aminuddin Yahaya (kanan).
  • “Dalam keadaan ramai rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, kini kerajaan mahu gerakkan inisiatif belajar bahasa tambahan pula,” kata Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Aminuddin Yahaya.
  • Beliau berkata inisiatif itu bukan tidak bagus kerana ia untuk mempelajari bahasa baharu, bagaimanapun keutamaan perlu diberikan secara betul dan tidak bersifat populis.
  • Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menggerakkan inisiatif penguasaan lebih agresif dan berstrategi terkait pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan khususnya di sekolah vernakular.
  • “Bahasa kebangsaan itu adalah elemen penting dalam membina perpaduan negara, tetapi tidak nampak usaha serius kerajaan di peringkat pendidikan kebangsaan melalui sekolah-sekolah.”
  • Aminuddin berkata demikian ketika mengulas laporan berita mengenai gesaan Anwar supaya Kementerian Pendidikan menggalakkan pelajar untuk menguasai dan meneruskan pengajian Bahasa Tamil di dalam sekolah menengah kebangsaan.

KUALA LUMPUR — “Dalam keadaan ramai rakyat Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, kini kerajaan mahu gerakkan inisiatif belajar bahasa tambahan pula,” kata Pengerusi Kepimpinan Zaaba (ZIL), Aminuddin Yahaya.

Beliau berkata inisiatif itu bukan tidak bagus kerana ia untuk mempelajari bahasa baharu, bagaimanapun keutamaan perlu diberikan secara betul dan tidak bersifat populis.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya menggerakkan inisiatif penguasaan lebih agresif dan berstrategi terkait pembelajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan khususnya di sekolah vernakular.

“Bahasa kebangsaan itu adalah elemen penting dalam membina perpaduan negara, tetapi tidak nampak usaha serius kerajaan di peringkat pendidikan kebangsaan melalui sekolah-sekolah. 

“Tahap silibus Bahasa Melayu pun sudah lama berbeza-beza antara sekolah kebangsaan dan vernakular. Mungkin PMX boleh mula selaraskan perkara ini dahulu,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Aminuddin berkata demikian ketika mengulas laporan berita mengenai gesaan Anwar supaya Kementerian Pendidikan menggalakkan pelajar untuk menguasai dan meneruskan pengajian Bahasa Tamil di dalam sekolah menengah kebangsaan.

Perdana Menteri berkata menguasai pelbagai bahasa adalah kekuatan Malaysia kerana hanya beberapa negara yang mempunyai tahap kecekapan seperti itu, sambil menambah perkara itu sepatutnya membuatkan rakyat Malaysia merasa bangga.

Mengulas lanjut, Aminuddin mempersoalkan sama ada polisi kerajaan itu bertepatan dengan roh Perlembagaan Persekutuan dan falsafah pendidikan kebangsaan atau sebaliknya semakin jauh menyimpang. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Aminuddin Yahaya

Author