Antarabangsa
Isu bakar al-Quran, PM Sweden tuduh Russia burukkan negaranya
Perdana Menteri Sweden mendakwa Russia memburukkan imej Sweden di mata dunia dengan menjalankan kempen maklumat tidak tepat berhubung insiden pembakaran al-Quran di ibu negara Skandinavia itu, baru-baru ini.

- Perdana Menteri Sweden mendakwa Russia memburukkan imej Sweden di mata dunia dengan menjalankan kempen maklumat tidak tepat berhubung insiden pembakaran al-Quran di ibu negara Skandinavia itu, baru-baru ini.
- Ulf Kristersson membangkitkan perkara itu di media sosial pada Rabu dengan menuduh “states” dan “state-like actors”, sedang menyasarkan Sweden dengan maklumat tidak benar.
- “Antara lain, kita dapat lihat pihak Russia aktif menyebarkan dakwaan palsu mengatakan Sweden adalah dalang di sebalik pembakaran pelbagai kitab suci. Perkara itu tidak benar,” kata Perdana Menteri Sweden itu dipetik RT.
- Kristersson berkata polis Sweden hanya mengeluarkan permit untuk perhimpunan awam tetapi bagaimana hak itu digunakan individu terbabit adalah bergantung kepada individu itu sendiri.
Perdana Menteri Sweden mendakwa Russia memburukkan imej Sweden di mata dunia dengan menjalankan kempen maklumat tidak tepat berhubung insiden pembakaran al-Quran di ibu negara Skandinavia itu, baru-baru ini.
Ulf Kristersson membangkitkan perkara itu di media sosial pada Rabu dengan menuduh “states” dan “state-like actors” Russia sedang menyasarkan Sweden dengan maklumat tidak benar.
“Antara lain, kita dapat lihat pihak Russia aktif menyebarkan dakwaan palsu mengatakan Sweden adalah dalang di sebalik pembakaran pelbagai kitab suci. Perkara itu tidak benar,” kata Perdana Menteri Sweden itu dipetik RT.
Kristersson menjelaskan insiden pembakaran al-Quran berlaku di tengah-tengah “situasi keselamatan yang rumit”.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Sweden tidak mengeluarkan kebenaran untuk membakar al-Quran di tempat awam.
“Walau bagaimanapun, polis mengeluarkan permit untuk perhimpunan awam – hak yang termaktub dalam Perlembagaan Sweden.
“Bagaimana hak itu dijalankan individu tersebut pula bergantung kepada individu itu sendiri,” katanya.
Ahli Parlimen Russia dan umat Islam di seluruh dunia yang “berang” dengan tindakan itu menolak rasional diberikan Sweden dengan menegaskan tindakan keji mencemarkan kitab suci sepatutnya tiada kena mengena dengan kebebasan bersuara dan beragama.
Sumber: RT
