Connect with us

Antarabangsa

PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran

Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson akui “amat bimbang” tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan di mana al-Quran dicemari dan dibakar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PM Sweden bimbang demonstrasi berterusan bakar al-Quran
Foto: Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson.
  • Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson akui “amat bimbang” tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan di mana al-Quran dicemari dan dibakar.
  • Kenyataan itu menyusul ketika mana kemarahan umat Islam semakin meningkat ke atas siri serangan terhadap kitab suci itu.
  • Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.
  • Kristersson memberitahu, permintaan lanjut telah difailkan kepada polis untuk kebenaran mengadakan protes di mana kebakaran al-Quran sekali lagi dirancang.
  • Kristersson berkata, terpulang kepada polis untuk memberikan kebenaran atau sebaliknya bagi tujuan mengadakan demonstrasi kerana mereka ada kuasa memutuskannya.

STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson akui “amat bimbang” tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan di mana al-Quran dicemari dan dibakar.

Kenyataan itu menyusul ketika mana kemarahan umat Islam semakin meningkat ke atas siri serangan terhadap kitab suci itu.

Serangan ke atas al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung banyak negara Islam termasuk Turki.

Kristersson memberitahu, permintaan lanjut telah difailkan kepada polis untuk kebenaran mengadakan protes di mana kebakaran al-Quran sekali lagi dirancang.

Kedutaan Sweden di Baghdad telah diserang dan dibakar pada 20 Julai oleh penunjuk perasaan yang marah dengan pembakaran al-Quran yang dirancang.

Kristersson berkata, terpulang kepada polis untuk memberikan kebenaran atau sebaliknya bagi tujuan mengadakan demonstrasi kerana mereka ada kuasa memutuskannya.

Denmark dan Sweden menyatakan mereka kesal dengan insiden pembakaran al-Quran tetapi tidak berupaya menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *