Connect with us

Terkini

Pinda undang-undang kesihatan mental – Ramkarpal

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menggesa Akta Kesihatan Mental 2001 dipinda untuk mendefinisikan “ketakupayaan mental”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pinda undang-undang kesihatan mental - Ramkarpal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menggesa Akta Kesihatan Mental 2001 dipinda untuk mendefinisikan “ketakupayaan mental”.
  • Ramkarpal berkata definisi itu patut merangkumi demensia, Parkinson, Alzheimer, dan kemurungan.
  • Katanya, ini membolehkan Putrajaya memenuhi keperluan mereka yang mungkin mengalami ketakupayaan mental pada peringkat tertentu kehidupan mereka.
  • “Ini seterusnya membolehkan pengurusan hal ehwal mereka dengan lebih baik. Saya fikir ini masih satu kekurangan di negara ini pada peringkat ini,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia, semalam.
  • Ramkarpal berkata, buat masa ini akta berkenaan tidak mentakrifkan “ketakupayaan mental”. Disebabkan itu, katanya, ramai individu tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana hal ehwal mereka akan diuruskan sekiranya mengalami ketakupayaan mental.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh menggesa Akta Kesihatan Mental 2001 dipinda untuk mendefinisikan “ketakupayaan mental”.

Ramkarpal berkata definisi itu patut merangkumi demensia, Parkinson, Alzheimer, dan kemurungan.

Katanya, ini akan membolehkan Putrajaya memenuhi keperluan mereka yang mungkin mengalami ketakupayaan mental pada peringkat tertentu kehidupan mereka.

“Ini seterusnya membolehkan pengurusan hal ehwal mereka dengan lebih baik. Saya fikir ini masih satu kekurangan di negara ini pada peringkat ini,” katanya pada Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia, semalam.

Ramkarpal berkata, buat masa ini akta berkenaan tidak mentakrifkan “ketakupayaan mental”. Disebabkan itu, katanya, ramai individu tidak mempunyai kawalan terhadap bagaimana hal ehwal mereka akan diuruskan sekiranya mengalami ketakupayaan mental.

“Buat masa ini akta itu hanya mendefinisikan ‘gangguan mental’ dan menyatakan prosedur bagaimana menangani mereka yang mengalami keadaan itu,” katanya.

Sementara itu, ketua Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan Dr Nurashikin Ibrahim berkata, pengamal perubatan mendefinisikan “keupayaan mental” sebagai keupayaan membuat keputusan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author