Connect with us

Terkini

Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas, elak kekeliruan – Pakar undang-undang

Sekiranya Akta Hasutan tidak mahu dimansuhkan, maka definisi hasutan dalam akta tersebut perlu diberikan takrifan lebih jelas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pinda tafsiran hasutan supaya lebih jelas, elak kekeliruan - Pakar undang-undang
Foto: Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.
  • “Sekiranya kita hendak mengekalkan Akta Hasutan, kita perlu perihalkan supaya jelas perkara ini. Adakah perkara itu menghasut, menimbulkan kebencian? Apabila kita terlalu umum, ia akan menimbulkan penafsiran yang mengelirukan,” – Pakar undang-undang, Datuk Prof. Madya Wan Ahmad Fauzi Wan Husain 
  • “Kemudian apabila dibawa ke mahkamah, sukar untuk membuktikan niat. Sebab kesalahan jenayah bukan sahaja perbuatan bersifat jenayah, bahkan perlu bermotifkan jenayah. Tidak timbul isu prosiding jenayah ini panjang atau pendek, tetapi kepada pembuktian sejauh mana perkara yang dilakukan itu terjumlah dalam peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
  • Wan Ahmad Fauzi menjelaskan matlamat asal Akta Hasutan diperkenalkan untuk membendung ancaman Komunis, dan itu tidak lagi wujud ketika ini. Bahkan ancaman terhadap kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan orang Melayu juga tidak lagi wujud.
  • Beliau berpendapatan meskipun undang-undang ini masih relevan, tetapi secara keseluruhan ia tidak mampu menyelesaikan pertikaian dan permasalahan yang berbangkit dalam konteks semasa.

KUALA LUMPUR: Sekiranya Akta Hasutan tidak mahu dimansuhkan, maka definisi hasutan dalam akta tersebut perlu diberikan takrifan lebih jelas.

Pakar undang-undang, Datuk Prof. Madya Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, ketika ini takrifan yang terlalu longgar menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat, bahkan pihak mahkamah.

“Sekiranya kita hendak mengekalkan Akta Hasutan, kita perlu perihalkan supaya jelas perkara ini. Adakah perkara itu menghasut, menimbulkan kebencian? Apabila kita terlalu umum, ia akan menimbulkan penafsiran yang mengelirukan.

“Kemudian apabila dibawa ke mahkamah, sukar untuk membuktikan niat. Sebab kesalahan jenayah bukan sahaja perbuatan bersifat jenayah, bahkan perlu bermotifkan jenayah. Tidak timbul isu prosiding jenayah ini panjang atau pendek, tetapi kepada pembuktian sejauh mana perkara yang dilakukan itu terjumlah dalam peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.

Walau bagaimanapun, Wan Ahmad Fauzi menjelaskan bahawa matlamat asal Akta Hasutan diperkenalkan adalah untuk membendung ancaman Komunis, dan itu tidak lagi wujud ketika ini. Bahkan ancaman terhadap kedaulatan raja-raja Melayu dan kedudukan orang Melayu juga tidak lagi wujud.

Oleh itu, beliau berpendapat meskipun undang-undang ini masih relevan, tetapi secara keseluruhan ia tidak mampu menyelesaikan pertikaian dan permasalahan yang berbangkit dalam konteks semasa.

“Isu yang ada ketika itu adalah untuk memastikan penerimaan rakyat ketika itu yang menghadapi ancaman Komunis yang menggugat kestabilan negara, isu ketidaksetiaan dan orang yang tidak bersetuju dengan kedudukan orang Melayu.

“Kalau kita lihat isu ketika itu dari sudut kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, isu ketaatsetiaan begitu tinggi dan jelas. Tapi pada hari ini kita tidak berhadapan dengan isu kesalahan berkenaan yang ketara,” katanya lagi.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *