Antarabangsa
Pertempuran etnik beragama Hindu, Kristian meletus lagi di Manipur
Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian.

- Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian.
- Badan Ketua Puak Orang Asli (ITLF) mendakwa seorang lelaki berumur 30 tahun maut, manakala tiga lagi cedera.
- Sekurang-kurangnya 150 mangsa terbunuh dan hampir 50,000 kehilangan tempat tinggal di Manipur sejak 3 Mei lalu akibat keganasan etnik antara suku dominan (Meitei) dan suku minoriti (Kuki) yang duduk di atas bukit.
- Majoriti suku Meitei beragama Hindu, manakala etnik minoriti Kuki adalah penganut Kristian.
- Pertempuran ganas tercetus selepas ‘Perarakan Solidariti Suku’ dianjurkan di Churachandpur pada 3 Mei lalu untuk membantah tuntutan masyarakat Meitei untuk status Suku Berjadual (ST) di India.
Sekurang-kurangnya empat lelaki cedera selepas dua kumpulan bersenjata bertempur semalam di beberapa kawasan sepanjang sempadan daerah Churachandpur dan Bishnupur di Manipur, lapor saksi kejadian.
Tembakan dilepaskan sekitar jam 4 pagi oleh pelaku lewat malam Khamis di Kangvei, Phugakchao Ikhai dan Terakhongshangbi, kata polis.
Badan Ketua Puak Orang Asli (ITLF) mendakwa seorang lelaki berumur 30 tahun maut, manakala tiga lagi cedera.
ITLF dalam kenyataan dipetik Hindustan Times berkata keempat-empat mangsa adalah sukarelawan kampung di kampung terbabit.
“Serangan itu berlarutan hampir sepanjang hari. Bom juga digunakan dalam serangan itu” kata ITLF.
Seorang pegawai polis yang enggan dikenali berkata, empat lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Raj Medicity di Imphal.
Menurut seorang pegawai polis Manipur, penduduk kampung diselamatkan supaya tidak terperangkap dalam kejadian tegang itu.
Sekurang-kurangnya 150 mangsa terbunuh dan hampir 50,000 kehilangan tempat tinggal di Manipur sejak 3 Mei lalu akibat keganasan etnik antara suku dominan (Meitei) dan suku minoriti (Kuki) yang duduk di atas bukit.
Majoriti suku Meitei beragama Hindu, manakala etnik minoriti Kuki adalah penganut Kristian.
Pertempuran ganas tercetus selepas ‘Perarakan Solidariti Suku’ dianjurkan di Churachandpur pada 3 Mei lalu untuk membantah tuntutan masyarakat Meitei untuk status Suku Berjadual (ST) di India.
Walaupun kes keganasan semakin berkurangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kumpulan penjenayah memiliki simpanan senjata dan peluru yang dirompak dari gudang senjata polis.
Setakat ini, pasukan keselamatan hanya menemui sekitar 1,200 senjata api dan 13,000 butir peluru.
Sumber: Hindustan Times
