Antarabangsa
Perancis benarkan polis lakukan intipan menerusi telefon
Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.
- Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.
- Menerusi komputer riba, kereta dan objek lain yang bersambung serta telefon, peruntukan itu akan meletakkan geolokasi suspek ke dalam jenayah yang boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya lima tahun.
- Peranti boleh diaktifkan dari jauh merakam bunyi dan imej orang disyaki melakukan kesalahan keganasan, jenayah juvana serta jenayah terancang.
- Menurut kumpulan hak digital La Quadrature du Net dalam kenyataan pada Mei, peruntukan undang-undang itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran kebebasan hak asasi.
- Ahli Parlimen dari kem Presiden, Emmanuel Macron memasukkan pindaan untuk mengehadkan penggunaan pengintipan jarak jauh iaitu selepas ia mendapat kebenaran, hanya membabitkan jenayah serius serta untuk tempoh pengawasan yang terhad.
PARIS: Polis Perancis boleh melakukan intipan terhadap suspek jenayah dari jauh menerusi kamera, mikrofon, GPS serta peranti lain, menurut penggubal undang-undang yang bersetuju terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Reformasi Keadilan, kelmarin.
RUU Reformasi Keadilan yang mengandungi peruntukan bagi tujuan pengintipan itu sebelum ini mendapat kecaman pelbagai pihak.
Namun, Menteri Kehakiman, Eric Dupond-Moretti pula menegaskan ia hanya akan menjejaskan puluhan kes setahun.
Menerusi komputer riba, kereta dan objek lain yang bersambung serta telefon, peruntukan itu akan meletakkan geolokasi suspek ke dalam jenayah yang boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya lima tahun.
Peranti juga boleh diaktifkan dari jauh untuk merakam bunyi dan imej orang yang disyaki melakukan kesalahan keganasan, jenayah juvana serta jenayah terancang.
Menurut kumpulan hak digital La Quadrature du Net dalam kenyataan pada Mei, peruntukan undang-undang itu menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran kebebasan hak asasi.
Mereka mendakwa, peruntukan itu menyentuh hak keselamatan, kehidupan dan urusan peribadi serta hak untuk bergerak bebas.
Ketika sesi perbahasan pada Rabu, Ahli Parlimen dari kem Presiden, Emmanuel Macron memasukkan pindaan untuk mengehadkan penggunaan pengintipan jarak jauh iaitu selepas ia mendapat kebenaran, hanya membabitkan jenayah serius serta untuk tempoh pengawasan yang terhad.
Penggunaan kepada peruntukan undang-undang itu mesti diluluskan oleh hakim, sementara jumlah tempoh pengawasan pula tidak boleh melebihi enam bulan.
Kumpulan profesion termasuk doktor, wartawan, peguam, hakim dan Ahli Parlimen tidak akan disasarkan.
“Kami jauh dari kisah Totalitarianisme 1984, sebuah novel ditulis George Orwell yang mengisahkan mengenai masyarakat di bawah pengawasan penuh. Nyawa rakyat akan diselamatkan oleh undang-undang ini,” kata Dupond-Moretti.
Langkah dipertikaikan itu, adalah sebahagian kandungan daripada beberapa peruntukan lain, yang sudah diundi oleh ahli Dewan Negara dan kini berada di peringkat Parlimen.
Sumber: Berita Harian