Connect with us

Antarabangsa

Penyokong pembangkang bertempur dengan polis, tuntut peletakan jawatan PM Bangladesh

Polis di Bangladesh bertempur dengan penyokong pembangkang, membabitkan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah, yang menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penyokong pembangkang bertempur dengan polis, tuntut peletakan jawatan PM Bangladesh
Foto: Gambar polis di Bangladesh bertempur dengan penyokong pembangkang, membabitkan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.
  • Polis di Bangladesh bertempur dengan penyokong pembangkang, membabitkan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah, yang menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan.
  • Pihak pembangkang iaitu Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) meminta pilihan raya Januari 2024 diadakan di bawah kerajaan sementara yang berkecuali.
  • BNP mengadakan perhimpunan besar-besaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan puluhan ribu penyokong parti itu turun ke jalanan menghalang jalan-jalan utama di ibu kota Dhaka.
  • Hasina didakwa melakukan autoritarianisme dan pencabulan hak asasi manusia sejak 2009 dengan menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat.
  • Setakat ini, Kerajaan Bangladesh pimpinan Hasina dari Parti Liga Awami, menolak tuntutan pembangkang dengan alasan meletakkan kerajaan sementara adalah sesuatu yang tidak berperlembagaan.

Polis di Bangladesh bertempur dengan penyokong pembangkang, membabitkan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah, yang menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan.

Pihak pembangkang iaitu Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) meminta pilihan raya Januari 2024 diadakan di bawah kerajaan sementara yang berkecuali.

Parti pembangkang itu juga mendakwa berpuluh-puluh penyokongnya cedera dan lebih 120 anggotanya ditahan dalam demonstrasi bantahan itu.

BNP mengadakan perhimpunan besar-besaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan puluhan ribu penyokong parti itu turun ke jalanan menghalang jalan-jalan utama di ibu kota Dhaka.

Himpunan bantahan itu dilaporkan berlaku ketika krisis ekonomi negara semakin teruk di tengah-tengah kemelut peningkatan inflasi dan krisis kos sara hidup yang melanda rakyat.

Hasina didakwa melakukan autoritarianisme dan pencabulan hak asasi manusia sejak 2009 dengan menyekat kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat.

Setakat ini, Kerajaan Bangladesh pimpinan Hasina dari Parti Liga Awami, menolak tuntutan pembangkang dengan alasan meletakkan kerajaan sementara adalah sesuatu yang tidak berperlembagaan.

Setiausaha Agung BNP, Mirza Fakhrul Islam Alamgir pada perhimpunan Jumaat lalu menegaskan bahawa tiada peluang untuk “mendapat pilihan raya yang adil di bawah kerajaan ini”.

“Setiap institusi penting negara telah dimusnahkan dan hak rakyat telah dirampas. Kenaikan harga barang keperluan pula menyebabkan ramai sengsara,” kata Alamgir dipetik AlJazeera.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *