Antarabangsa
Penyanyi ditahan kerana menanggalkan seluar atas pentas
Seorang ahli kumpulan muzik ditahan polis China kerana menanggalkan seluar di khalayak ramai dalam persembahan di Shijiazhuang, China.

- Seorang ahli kumpulan muzik ditahan polis China kerana menanggalkan seluar di khalayak ramai dalam persembahan di Shijiazhuang, China.
- Menurut laporan Sin Chew Daily, Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Bandar Shijiazhuang mengeluarkan satu kenyataan pada 24 Julai lalu bahawa pihak berkuasa membuka kertas siasatan setelah menerima laporan tentang seorang penyanyi kumpulan muzik menunjukkan aksi tidak wajar dalam persembahan komersial anjuran Hong Tang Livehouse.
- Video penyanyi itu menanggalkan seluar dan hanya memakai seluar dalam di atas pentas telah tular di media tempatan.
Seorang ahli kumpulan muzik ditahan polis China kerana menanggalkan seluar di khalayak ramai dalam persembahan di Shijiazhuang, China.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen dan Pelancongan Bandar Shijiazhuang mengeluarkan satu kenyataan pada 24 Julai lalu bahawa pihak berkuasa membuka kertas siasatan setelah menerima laporan tentang seorang penyanyi kumpulan muzik menunjukkan aksi tidak wajar dalam persembahan komersial anjuran Hong Tang Livehouse.
Pihak berkuasa turut menggantung operasi syarikat Hong Tang Livehouse dan mengeluarkan amaran serta penalti RMB200,000 mengikut Peraturan Pentadbiran Persembahan Komersial.
Penyanyi terbabit juga ditahan di bawah Akta Hukuman Pengurusan Keselamatan Awam.
Video penyanyi itu menanggalkan seluar dan hanya memakai seluar dalam di atas pentas telah tular di media tempatan.
Netizen menyifatkan aksi itu sebagai “menjadikan kekasaran sebagai kebebasan atas nama rock and roll”.
Sumber: Sin Chew Daily
