Terkini
Pengguguran hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor – Pakar Perubatan
Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi.
- Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi.
- Merujuk kepada undang-undang itu, Dr Hatta berpendapat pengguguran yang dilakukan secara persendirian adalah salah dan tidak dibenarkan.
- Beliau berkata pengguguran sendiri itu merujuk kepada ‘individu yang pergi kepada seseorang yang tidak berdaftar atau doktor bertauliah untuk mendapatkan rawatan untuk pengguguran’.
- Senada dengan kenyataan Dr Hatta, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani juga menolak pengguguran sendiri dan menyifatkan ia adalah ‘self-harm’ atau satu bentuk pencederaan terhadap diri sendiri.
KUALA LUMPUR – Proses pengguguran janin hanya boleh dilakukan atas nasihat doktor atau pengamal perubatan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) seperti yang dinyatakan dalam undang-undang pengguguran di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 312, kata Timbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi.
Merujuk kepada undang-undang itu, Dr Hatta yang juga Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) SabahCare Fertility Center berpendapat pengguguran yang dilakukan secara persendirian adalah salah dan tidak dibenarkan.
“Walaupun begitu menggugur sendiri tidak dibenarkan. Setahu saya, wanita yang membuat pengguguran sendiri salah dari segi undang-undang,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times bagi mengulas satu hantaran Twitter tentang khidmat pengguguran ‘selamat’.
Beliau berkata pengguguran sendiri itu merujuk kepada ‘individu yang pergi kepada seseorang yang tidak berdaftar atau doktor bertauliah untuk mendapatkan rawatan untuk pengguguran’.
Menurutnya, hanya pengamal perubatan sahaja yang mengetahui keadaan kesihatan si ibu dan perlu berniat baik atau ‘under good faith’ untuk menyelamatkan nyawa si ibu sebelum membenarkan penamatan kehamilan itu dilakukan.
Senada dengan kenyataan Dr Hatta, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Prof Dr Nur Azurah Abd Ghani juga menolak pengguguran sendiri dan menyifatkan ia adalah ‘self-harm’ atau satu bentuk pencederaan terhadap diri sendiri.
“Saya tak recommend because some people can bleed quite a lot. Most of these people have never experienced miscarriage before, hence they might not be prepared for the consequences of these home induced abortion (Kebanyakan orang ini tidak mempunyai pengalaman pengguguran sebelum ini, maka mereka tidak bersedia terima kesan pengguguran yang dilakukan di rumah),” katanya.
Azurah berkata peranan pengamal perubatan penting semasa proses pengguguran itu berlangsung kerana pesakit perlu dipantau secara berkala.
“Kalau medical termination pun kita akan masukkan ke wad untuk dipantau sebab khuatir berlakunya pendarahan yang banyak.
“Time matters. Kalau kita tidak bertindak cepat, ia boleh menyebabkan kematian,” katanya.
Sebelum itu, satu hantaran daripada seorang pengguna Twitter menyatakan seolah-olah kumpulan advokasi Persatuan Hak Kesihatan Wanita (RRAAM) menawarkan khidmat pengguguran ‘selamat’ mengikut undang-undang.
Beliau kemudiannya menafikan RRAAM menyediakan perkhidmatan pengguguran tetapi ia adalah tempat saluran maklumat tentang pengguguran selamat di Malaysia dan akaun Twitter RRAAM mengulang ciap kenyataan beliau – The Merdeka Times