Antarabangsa
Pegawai polis maut, beberapa cedera dalam insiden letupan masjid di Pakistan
Seorang pegawai polis terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas letupan bom di sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di kawasan Masjid Ali di daerah Khyber, Pakistan, lapor ARY News pada Selasa.
- Seorang pegawai polis terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas letupan bom di sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di kawasan Masjid Ali di daerah Khyber, Pakistan lapor ARY News pada Selasa.
- Menurut siasatan awal, insiden itu kelihatan seperti letupan bom berani mati.
- Menurut laporan NDTV, mangsa yang maut dikenali sebagai Adnan Afridi, kata polis sambil menambah mereka yang cedera dipindahkan ke hospital tempatan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Khyber Pakhtunkhwa: Seorang pegawai polis terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas letupan bom di sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan di kawasan Masjid Ali di daerah Khyber, Pakistan, lapor ARY News pada Selasa.
Menurut siasatan awal, insiden itu kelihatan seperti letupan bom berani mati.
Menurut laporan NDTV, mangsa yang maut dikenali sebagai Adnan Afridi, kata polis sambil menambah mereka yang cedera dipindahkan ke hospital tempatan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Difahamkan, Polis Daerah Khyber menjalankan operasi berasaskan risikan berhubung maklumat kehadiran dua pengganas di masjid itu yang sedang dalam pembinaan di Jamrud.
Salah seorang pengganas dilaporkan meletupkan dirinya apabila polis cuba menangkapnya, manakala seorang lagi pengganas melarikan diri dari lokasi pengeboman.
Bagaimanapun, pasukan keselamatan berjaya menangkapnya, menurut ARY News.
Dalam pada itu, kes letupan bom di Khyber Pakhtunkhwa dilaporkan semakin meningkat dan wilayah di Pakistan itu juga dikatakan terus berdepan dengan serangan kumpulan pengganas.
Sumber: NDTV