Connect with us

Antarabangsa

PBB gesa lebih banyak pembiayaan untuk bantu Palestin

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara anggota meningkatkan pembiayaan dana untuk membantu lebih dua juta rakyat Palestin, memandangkan terdapat keperluan mendesak, selepas serangan Israel ke atas kem pelarian di wilayah yang diduduki di bandar Jenin di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa lebih banyak pembiayaan untuk bantu Palestin
Foto: Keadaan di wilayah yang diduduki di bandar Jenin di Tebing Barat, Palestin.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) gesa negara anggota meningkatkan pembiayaan dana untuk membantu lebih dua juta rakyat Palestin, memandangkan terdapat keperluan mendesak, selepas serangan Israel ke atas kem pelarian di wilayah yang diduduki di bandar Jenin di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.
  • “Disebabkan kerosakan infrastruktur yang ketara, keseluruhan kem itu terputus bekalan air dan beberapa penduduk hilang tempat tinggal,” kata timbalan jurucakap PBB Farhan Haq kepada pemberita pada Jumaat.
  • PBB akan mengutamakan untuk membaiki sistem rangkaian air dan pembetung dalam beberapa hari akan datang, selain mengagihkan bekalan makanan dan bantuan tunai serta sokongan psikososial, terutama kepada kanak-kanak.
  • Beliau berkata langkah untuk mengurangkan risiko bahan letupan yang tidak meletup juga amat kritikal.
  • “Untuk menyokong usaha ini, kami menggesa negara anggota untuk meningkatkan pembiayaan mereka untuk tindak balas kemanusiaan,” katanya.
  • Pelan tindak balas kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki hanya mendapat pembiayaan sebanyak 20 peratus.

NEW YORK, 8 Julai (Bernama-Anadolu) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara anggota meningkatkan pembiayaan dana untuk membantu lebih dua juta rakyat Palestin, memandangkan terdapat keperluan mendesak, selepas serangan Israel ke atas kem pelarian di wilayah yang diduduki di bandar Jenin di Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.

“Disebabkan kerosakan infrastruktur yang ketara, keseluruhan kem itu terputus bekalan air dan beberapa penduduk hilang tempat tinggal,” kata timbalan jurucakap PBB Farhan Haq kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata PBB akan mengutamakan untuk membaiki sistem rangkaian air dan pembetung dalam beberapa hari akan datang, selain mengagihkan bekalan makanan dan bantuan tunai serta sokongan psikososial, terutama kepada kanak-kanak.

Beliau berkata langkah untuk mengurangkan risiko bahan letupan yang tidak meletup juga amat kritikal. 

“Untuk menyokong usaha ini, kami menggesa negara anggota untuk meningkatkan pembiayaan mereka untuk tindak balas kemanusiaan,” katanya.

Pelan tindak balas kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki hanya mendapat pembiayaan sebanyak 20 peratus.

Sementara itu, Penyelaras Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, Lynn Hastings, turut memberikan taklimat kepada Majlis Keselamatan mengenai situasi di Jenin baru-baru ini.

Majlis 15 anggota itu mengadakan rundingan pada Jumaat untuk membincangkan serangan Israel ke atas Jenin.

Tentera Israel berundur dari Jenin pada awal Rabu, menamatkan operasi ketenteraan terbesarnya di bandar itu dalam tempoh lebih 20 tahun.

Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak dan lebih 140 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Serangan yang bermula pada Isnin itu turut menyebabkan kemusnahan di seluruh bandar di Tebing Barat, dengan berpuluh-puluh rumah, kenderaan, kedai dan utiliti musnah.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending