Connect with us

Antarabangsa

Pastor Kanada puji pelajar dan keluarga Muslim tegas tolak LGBTQ

Pastor dari Kanada, Henry Hildebrandt baru-baru ini memuat naik video di Youtube menyatakan penghargaannya terhadap pelajar dan keluarga Muslim di Ontario, Kanada, menolak acara Pride yang meraikan golongan songsang LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pastor Kanada puji pelajar dan keluarga Muslim tegas tolak LGBTQ
Foto: Pastor Kanada, Henry Hildebrandt.
  • Pastor dari Kanada, Henry Hildebrandt baru-baru ini memuat naik video di Youtube menyatakan penghargaannya terhadap pelajar dan keluarga Muslim di Ontario, Kanada, menolak acara Pride yang meraikan golongan songsang LGBTQ.
  • Pastor Henry memuji keazaman yang ditunjukkan kelompok itu dalam menegakkan keyakinan agama berdepan tekanan daripada guru yang cuba merendah-rendahkan dan mendesak mereka meraikan acara Pride di sekolah.
  • Insiden yang berlaku pada Jun lalu mendapat perhatian pengetua sekolah itu, Dustin O’Neil, yang tidak bersetuju dengan guru pro-LGBT itu.
  • “Saya ingin menegaskan pandangan dikemukakan (guru itu) tidak mencerminkan nilai penerimaan, keterangkuman dan kekitaan yang menjadikan Northwood sebuah sekolah dan komuniti yang luar biasa,” kata pengetua itu.

Pastor dari Kanada, Henry Hildebrandt baru-baru ini memuat naik video di Youtube menyatakan penghargaannya terhadap pelajar dan keluarga Muslim di Ontario, Kanada, menolak acara Pride yang meraikan golongan songsang LGBTQ.

Pastor Henry memuji keazaman yang ditunjukkan kelompok itu dalam menegakkan keyakinan agama berdepan tekanan daripada guru yang cuba merendah-rendahkan dan mendesak mereka meraikan acara Pride di sekolah.

Tindakan pastor itu merupakan reaksi atas tindakan seorang guru di sebuah sekolah rendah yang menegur pelajar-pelajar Muslimnya atas ketidakhadiran mereka pada sambutan hari Pride menerusi sebuah klip audio yang dirakam bulan lalu.

Insiden ini menarik perhatian pelbagai pihak, menyemarakkan perbincangan berkenaan kebebasan hak beragama, keterangkuman dan toleransi dalam persekitaran pendidikan.

“Saya sangat berbangga dengan tindakan mereka yang bertindak berdepan dengan guru tersebut,” kata Pastor Henry.

Merujuk kepada tindakan pelajar Muslim yang bertegas tidak meraikan acara Pride, guru terbabit dilaporkan berkata kepada murid-muridnya, “kamu perlu memahami betapa pedihnya kami di atas perbuatan kamu dan beritahu (perkara itu) kepada keluarga kamu”.

Guru pro-LGBT itu mendakwa ketidakhadiran pelajar Muslim itu merupakan pernyataan kebencian dan memualkan selain tindakan itu juga membuat dirinya tidak mahu menjadi pendidik mereka.

Insiden yang berlaku pada Jun lalu mendapat perhatian pengetua sekolah itu, Dustin O’Neil, yang tidak bersetuju dengan guru pro-LGBT itu.

“Saya ingin menegaskan pandangan dikemukakan (guru itu) tidak mencerminkan nilai penerimaan, keterangkuman dan kekitaan yang menjadikan Northwood sebuah sekolah dan komuniti yang luar biasa. 

“Kami memohon maaf atas sebarang kemudaratan berlaku akibat daripada komen tersebut,” kata O’Neil.

Sumber: S2J News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *