Connect with us

Antarabangsa

Pasar raya Qatar alih keluar produk Sweden ekoran pembakaran al-Quran

Syarikat terkemuka Qatar, Souq Al Baladi mengeluarkan semua produk Sweden dari raknya disebabkan peningkatan serangan terhadap al-Quran di Sweden baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pasar raya Qatar alih keluar produk Sweden ekoran pembakaran al-Quran
Foto: Syarikat terkemuka Qatar, Souq Al Baladi mengeluarkan semua produk Sweden dari raknya disebabkan peningkatan serangan terhadap al-Quran di Sweden.
  • Syarikat terkemuka Qatar, Souq Al Baladi mengeluarkan semua produk Sweden dari raknya disebabkan peningkatan serangan terhadap al-Quran di Sweden baru-baru ini.
  • Menurut kenyataan dikeluarkan pasar raya itu yang dipetik Doha News berkata, pihaknya akan melancarkan boikot ke atas semua produk keluaran Sweden “sehingga diberitahu kelak”.
  • Bulan lalu, pendatang Iraq, Salwan Momika melakukan tindakan provokatif di Sweden dengan kebenaran pihak berkuasa Sweden, lalu mencetuskan kemarahan dalam kalangan negara Islam kerana mencemar dan membakar kitab suci itu.

Syarikat terkemuka Qatar, Souq Al Baladi mengeluarkan semua produk Sweden dari raknya disebabkan peningkatan serangan terhadap al-Quran di Sweden baru-baru ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan pasar raya itu yang dipetik Doha News berkata, pihaknya akan melancarkan boikot ke atas semua produk keluaran Sweden “sehingga diberitahu kelak”.

Bulan lalu, pendatang Iraq, Salwan Momika melakukan tindakan provokatif di Sweden dengan kebenaran pihak berkuasa Sweden, lalu mencetuskan kemarahan dalam kalangan negara Islam kerana mencemar dan membakar kitab suci itu.

Salwan kemudian melakukan langkah serupa pada Khamis (20 Julai lalu) di Kedutaan Baghdad di Stockholm di mana dia memijak satu lagi salinan al-Quran.

Dalam pada itu, seorang lelaki pada Jumaat lalu membakar salinan kitab suci di seberang Kedutaan Iraq di Copenhagen sambil menyiarkan secara langsung aksi itu di Facebook dan menggelarkan diri mereka sebagai “Patriot Denmark”.

Susulan itu, Kerajaan Qatar secara rasmi memanggil Duta Sweden ke Doha untuk membantah serangan berulang ke atas al-Quran di Sweden.

Dalam kenyataannya, Doha berkata pihaknya “tidak berpuas hati” dengan “kegagalan pihak berkuasa di sana untuk menghentikan amalan ini, yang menyatakan kebencian dan diskriminasi agama, walaupun berulang kali dikecam negara Arab dan Islam, kecaman masyarakat antarabangsa dan pengeluaran resolusi Majlis Hak Asasi Manusia yang mengutuk tindakan kebencian agama”.

Kerajaan Sweden mengutuk pembakaran al-Quran sebagai ‘Islamofobia’ tetapi mengiktiraf “hak yang dilindungi Perlembagaan untuk kebebasan berhimpun, bersuara, dan demonstrasi” di negara mereka.

Sumber: Doha News

Author