Antarabangsa
Pakistan tahan lima rakyatnya bekerja di Israel
Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.

- Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.
- Berikutan tiada hubungan diplomatik kedua-dua negara, Pakistan mengharamkan rakyat mengunjungi Israel termasuk bekerja di sana.
- Jurucakap Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Abdul Ghafoor memberitahu Arab News bahawa operasi untuk menangkap lima suspek dimulakan bulan lalu selepas pihak berkuasa mengesan kiriman wang dan menemui bukti bahawa mereka bekerja di negara haram itu sejak beberapa tahun lalu.
- Menurut FIA, mereka telah membuat kiriman wang ke Pakistan melalui perkhidmatan pemindahan wang Western Union.
- “Suspek dipercayai bekerja sebagai pembantu dan pencuci kereta di Tel Aviv dan hampir empat hingga tujuh tahun bekerja di sana,” kata jurucakap tersebut.
ISLAMABAD, 17 Zulhijjah 1444H, Khamis – Lima rakyat Pakistan ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel – satu tindakan yang melanggar undang-undang negara Asia Selatan itu.
Berikutan tiada hubungan diplomatik kedua-dua negara, Pakistan mengharamkan rakyat mengunjungi Israel termasuk bekerja di sana.
Jurucakap Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA), Abdul Ghafoor memberitahu Arab News bahawa operasi untuk menangkap lima suspek dimulakan bulan lalu selepas pihak berkuasa mengesan kiriman wang dan menemui bukti bahawa mereka bekerja di negara haram itu sejak beberapa tahun lalu.

Foto: Gambar lima rakyat Pakistan yang ditahan selepas disahkan bekerja di negara haram Israel.
Menurut FIA, mereka telah membuat kiriman wang ke Pakistan melalui perkhidmatan pemindahan wang Western Union.
“Suspek dipercayai bekerja sebagai pembantu dan pencuci kereta di Tel Aviv dan hampir empat hingga tujuh tahun bekerja di sana,” kata jurucakap tersebut.
Kesemua suspek yang ditahan berasal dari daerah Mirpur Khas di selatan wilayah Sindh dan telah didakwa kerana melanggar Akta Pasport Pakistan 1974 dan Ordinan Emigrasi 1979.
Suspek juga dipercayai membayar AS$1,090 (RM5,068) hingga AS$1,453 (RM6,756) seorang kepada ejen Israel yang membawa mereka memasuki negara haram itu melalui lapangan terbang Jordan dengan menggunakan visa Schengen.
Sumber: Ismaweb
