Connect with us

Terkini

NGO saran kerajaan mansuh penggunaan label beras import dan tempatan

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

NGO saran kerajaan mansuh penggunaan label beras import dan tempatan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih.
  • Presiden Persatuan Pengilang Beras SPB Melayu Kedah-Perlis, Marzukhi Othman berkata label beras Super Spesial Tempatan (SST) dan Super Spesial Import (SSI) pada kampit beras putih membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
  • “Ini kerana harga beras tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram (kg), manakala harga beras import bergantung kepada harga pasaran,” katanya kepada Bernama hari ini.
  • Katanya, pemansuhan label yang membezakan beras import dan beras tempatan juga akan memberi keadilan kepada petani, pengilang dan pengguna serta dapat mengharmonikan kembali industri.
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini memberi amaran tindakan tegas terhadap peniaga didapati menukar bungkusan atau label beras tempatan serta menjualnya di pasaran pada harga beras import untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda, kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

KANGAR, 18 Julai (Bernama) — Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih.

Presiden Persatuan Pengilang Beras SPB Melayu Kedah-Perlis, Marzukhi Othman berkata label beras Super Spesial Tempatan (SST) dan Super Spesial Import (SSI) pada kampit beras putih membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

“Saya cadangkan agar kita tidak perlu lagi letak label beras SST atau SSI pada kampit beras dan hanya letak label beras putih bagi mengelak berlakunya manipulasi orang tengah.

“Ini kerana harga beras tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram (kg), manakala harga beras import bergantung kepada harga pasaran,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya, pemansuhan label yang membezakan beras import dan beras tempatan juga akan memberi keadilan kepada petani, pengilang dan pengguna serta dapat mengharmonikan kembali industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini memberi amaran tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menukar bungkusan atau label beras tempatan serta menjualnya di pasaran pada harga beras import untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda, kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan senada dengan cadangan pemansuhan label beras import dan tempatan pada kampit beras putih bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang hanya merugikan pengguna.

Katanya, pengguna juga perlu diberi pendedahan agar dapat membuat pilihan yang tepat ketika membeli barang dan tidak mudah tertipu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 31 pemborong dan 385 premis di seluruh negara menerusi Op Jamin bagi menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.

Setakat ini KPDN menerima 14 aduan daripada orang ramai berhubung kekurangan beras SST di pasaran,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author