Connect with us

Terkini

Netizen kecam ibu salah guna bahan terlarang hingga bayinya positif dadah

Insiden menimpa bayi berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah setelah mendapat pemeriksaan pihak hospital mendapat perhatian ramai.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Sharwani Alias

Published

on

Netizen kecam ibu salah guna bahan terlarang hingga bayinya positif dadah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Insiden menimpa bayi berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah setelah mendapat pemeriksaan pihak hospital mendapat perhatian ramai.
  • Beberapa netizen di platform Twitter menyelar ibu mangsa yang positif bahan terlarang terbabit sebagai punca insiden malang yang menimpa ke atas bayi tidak berdosa itu.
  • Sebelum ini, polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah.

KUALA LUMPUR – Insiden menimpa bayi berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah setelah mendapat pemeriksaan pihak hospital mendapat perhatian ramai.

Beberapa netizen di platform Twitter menyelar ibu mangsa yang positif bahan terlarang terbabit sebagai punca insiden malang yang menimpa ke atas bayi tidak berdosa itu. 

“Sedih bila membabitkan kanak-kanak jadi mangsa ni.. sepatutnya ibu sebagai pelindung tapi penghancur masa depan anak itu sendiri,” ciapan daripada @aniey77.

Pengguna Twitter @charmanderjinie pula menyifatkan ibu itu tidak menghargai kurniaan ciptaanNya kerana membiarkan anak turut terlibat sama positif.

“Kau. Orang lain pula susah nak dapatkan zuriat. Kau senang-senang je sia-siakan anak kau macam tu. J#*@*^ punya b#*%@,” ciapan daripada @charmanderjinie.

Malah, ada netizen mempersoal apa dilakukan ibu bayi itu sehingga mengakibatkan mangsa positif dadah.

“Sebab hisap dadah while breastfeeding ke sebab hisap dadah masa pregnant? Confuse,” soal ciapan daripada @bobbyflynn00.

Rata-ratanya netizen meluahkan rasa kasihan dengan nasib yang menimpa bayi berkenaan.

Speechless. Kesian baby,” ciapan daripada @daladom_ms.

Pengguna Twitter, @IdderesMh turut sama bersimpati terhadap keadaan bayi kecil itu.

“Kesiannya baby ni. Aduh sedih rasanya,” ciapan daripada @IdderesMh.

Berbeza di platform TikTok, ada netizen memuji tindakan ibu mangsa membawa segera bayinya itu ke hospital.

“Dia sayang anak tu.. sebab anak nangis meracau terus bawa pergi hospital. Cuma dia tak tahu yang dadah tu boleh masuk.. melalui susu badan. Harap dia berubah selepas kejadian ini,” kata seorang pengguna TikTok.

Sebelum ini, polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun selepas dia dan anak perempuannya yang berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter BuletinTV3, TikTok adhashu_1904

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *