Antarabangsa
(VIDEO) Muslim tidak setaraf dengan kami – Pemimpin kanan BJP
Sebuah video wawancara pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy dengan wartawan, Isobel Yeung yang dirakamkan tiga tahun lalu kembali tular di media sosial baru-baru ini.
Sebuah video wawancara pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP), Subramanian Swamy dengan wartawan, Isobel Yeung yang dirakamkan tiga tahun lalu kembali tular di media sosial baru-baru ini.
Video dimuat naik di pelbagai platform media sosial itu menampilkan Subramanian yang juga bekas Ahli Parlimen India mendakwa, “jika penduduk Muslim melebihi tiga puluh peratus (dalam sesebuah negara), negara itu dalam bahaya”.
Isobel menyifatkan dakwaan pemimpin kanan BJP, yang juga parti pemerintah di India, sebagai ucapan kebencian.
View this post on Instagram
Subramanian bagaimanapun menafikan dakwaan wartawan itu sambil tertawa sinis dan menegaskan yang dia sedang berbuat baik apabila menghalang penganut Islam memasuki India.
Memetik Perlembagaan India yang menjamin kesamarataan bagi semua warga India, Isobel bertanya kepada pemimpin BJP itu, apakah Muslim tidak mempunyai hak sama rata dalam hak kewarganegaraan.
“Tiada istilah ‘hak sama rata’ bilamana kesamarataan itu tidak berada dalam kategori yang sama,” kata Subramaniam merujuk kepada lebih 200 juta penganut Islam di India, bersamaan 15 peratus daripada 1.4 billion populasi India. – The Merdeka Times