Antarabangsa
Mujahid Muhammad dilantik pesuruhjaya Islam pertama di Lembaga Sekolah Baltimore AS
Umat Islam meraikan pelantikan Mujahid Muhammad sebagai individu Islam pertama yang menjadi ahli Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Bandar Baltimore di Amerika Syarikat (AS).
- Umat Islam meraikan pelantikan Mujahid Muhammad sebagai individu Islam pertama yang menjadi ahli Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Bandar Baltimore di Amerika Syarikat (AS).
- “Mujahid Muhammad adalah orang Islam pertama yang dilantik oleh Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Baltimore City. Kami mengucapkan tahniah atas pelantikannya yang bersejarah itu,” kata Majlis Hubungan Islam Amerika (CAIR) dalam kenyataan di Facebook.
- Menurut laporan About Islam, Mujahid merupakan pekerja sosial berlesen dan doktor bagi kesihatan mental dengan 20 tahun pengalaman dalam kepimpinan dan lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam.
Umat Islam meraikan pelantikan Mujahid Muhammad sebagai individu Islam pertama yang menjadi ahli Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Bandar Baltimore di Amerika Syarikat (AS).
“Mujahid Muhammad adalah orang Islam pertama yang dilantik oleh Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Baltimore City. Kami mengucapkan tahniah atas pelantikannya yang bersejarah itu,” kata Majlis Hubungan Islam Amerika (CAIR) dalam kenyataan di Facebook.
Menurut laporan About Islam, Mujahid merupakan pekerja sosial berlesen dan doktor bagi kesihatan mental dengan 20 tahun pengalaman dalam kepimpinan dan lebih 10 tahun dalam perkhidmatan awam.
Aktivis hak sivil dan politik Muslim Amerika, Zainab Chaudry melalui akaun Facebooknya berkata, “Tahniah kepada Mujahid Muhammad kerana mengangkat sumpah pada hari ini (semalam) untuk berkhidmat sebagai orang Islam pertama yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Sekolah Awam Baltimore City”.
“Menyaksikan detik bersejarah ini pada hari ini, membuatkan saya memikirkan semua pelajar kami yang layak mendapat pimpinan yang komited dan berdisiplin. Kejayaan anda dalam peranan ini adalah kejayaan mereka,” katanya.
Menurut kenyataan akhbar, pelantikan itu diisytiharkan pada Mei lalu oleh Datuk Bandar, Brandon M. Scott
“Saya sangat teruja kerana Mujahid Muhammad menyertai Lembaga Pesuruhjaya Sekolah kami. Encik Mujahid mempunyai banyak pengalaman dalam kepimpinan, kerja sosial, kesihatan mental dan perkhidmatan awam serta berbesar hati untuk membantu belia kami,” kata Datuk Bandar.
“Saya yakin latar belakang dan kemahirannya akan menjadi aset kepada Lembaga Pengarah ini,” katanya.
Mujahid telah membimbing ratusan kanak-kanak, menyediakan rawatan klinikal, bekerjasama dengan pelbagai sekolah dan membawa pengaturcaraan kepada komuniti di seluruh Maryland.
Komitmen beliau terhadap kejayaan golongan muda di Baltimore bukan sahaja bagi ahli akademik tetapi termasuk penglibatan dalam masyarakat dan perkhidmatan kesihatan mental, menjadikannya penyumbang penting kepada Lembaga Pesuruhjaya Sekolah Bandar Baltimore.
Sumber: About Islam