Connect with us

Terkini

MUDA, PSM tuntut Akta Hasutan dimansuhkan

Akta Hasutan perlu dimansuhkan sebagaimana ia diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

MUDA, PSM tuntut Akta Hasutan dimansuhkan
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj (kanan).
  • Akta Hasutan perlu dimansuhkan sebagaimana ia diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.
  • Mendesak pemansuhan akta itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj dalam kenyataan bersama berkata, ia adalah selari dengan janji reformasi yang diperjuangkan parti politik terbabit.
  • “Kerajaan Madani hari ini yang ditunjangi Pakatan Harapan telah lama memperjuangkan untuk memansuhkan akta ini, malah ianya tertulis dalam Manifesto Pakatan Harapan.
  • “Kita tidak boleh hanya menjadi idealis hanya ketika dalam pembangkang kemudian meninggalkan prinsip bila mendapat kuasa,” kata kedua-dua presiden parti politik itu dalam kenyataan bersama di sini hari ini.
  • Kedua-dua parti politik itu menolak penggunaan Akta Hasutan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi kerana menyifatkan akta terbabit sebagai ‘draconian’.
  • Sebelum ini, media melaporkan insiden penahanan Muhammad Sanusi pada jam tiga pagi tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

KUALA LUMPUR — Akta Hasutan perlu dimansuhkan sebagaimana ia diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Mendesak pemansuhan akta itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj dalam kenyataan bersama berkata, ia adalah selari dengan janji reformasi yang diperjuangkan parti politik terbabit.

“Kerajaan Madani hari ini yang ditunjangi Pakatan Harapan telah lama memperjuangkan untuk memansuhkan akta ini, malah ianya tertulis dalam Manifesto Pakatan Harapan. 

“Kita tidak boleh hanya menjadi idealis hanya ketika dalam pembangkang kemudian meninggalkan prinsip bila mendapat kuasa.

“Apa guna berunding untuk mendapatkan kuasa kalau ianya tidak digunakan melaksanakan perubahan,” kata kedua-dua presiden parti politik itu dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Mereka berkata demikian ketika mengulas laporan media berkaitan insiden penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor pada jam tiga pagi tadi di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.

Kedua-dua parti politik itu menolak penggunaan Akta Hasutan terhadap Muhammad Sanusi kerana menyifatkan akta terbabit sebagai ‘draconian’.

Katanya, akta berkenaan pada awalnya digubal penjajah British untuk mengekalkan kuasa mereka bagaimanapun kini ia sudah lapuk dan wajar dimansuhkan, bahkan United Kingdom (UK) sendiri memansuhkan akta itu di negara mereka sejak tahun 70-an.

“Sudah terdapat peruntukan lain untuk menguruskan isu-isu berbangkit yang berkait dengan perihal ini. Satu undang-undang baru boleh digubal sekiranya perlu, dengan perbincangan perlu melibatkan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan.

“Kami turut ingin mempersoalkan tindakan menahan beliau pada jam 3 pagi, sedangkan beliau boleh sahaja diarahkan untuk hadir sendiri sama ada ke Balai Polis atau mahkamah,” katanya.

Kedua-dua parti politik itu bagaimanapun menolak kenyataan dibuat Muhammad Sanusi di atas pentas ceramah politik yang disifatkan sebagai amat tidak matang dan dangkal.

Ini berikutan MUDA dan PSM menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang menjadi batu asas kepada sistem demokrasi Malaysia.

Terbaharu,  Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *