Antarabangsa
McDonald’s didakwa abai gangguan seksual dialami pekerja
Mcdonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.

- McDonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.
- Lebih dari 100 kakitangannya di United Kingdom (UK) samada yang masih bekerja atau telah meninggalkan syarikat itu menyuarakan penindasan dialami mereka ketika bekerja di McDonald’s.
- Siasatan atas dakwaan itu mendorong badan pemerhati kesaksamaan United Kingdom melancarkan talian e-mel khas untuk kakitangan terbabit dengan pelbagai penemuan mengejutkan.
- Seorang staf yang masih bekerja di Nottingham mendakwa dia dilihat sebagai ‘daging segar’ oleh rakan sekerja lelakinya, manakala yang lain mendakwa pengurus mereka memaksa mengenakan pakaian seragam yang terlalu ketat.
- “Saya rasa mereka langsung tidak memikirkan tentang kakitangan mereka,” kata seorang pekerja McDonald’s.
Mcdonald’s UK dituduh melazimkan budaya kerja toksik dengan membiarkan serangan seksual, gangguan, buli dan perkauman berlaku ke atas pekerja mereka.
Lebih dari 100 kakitangannya di United Kingdom (UK) samada yang masih bekerja atau telah meninggalkan syarikat itu menyuarakan penindasan dialami mereka ketika bekerja di McDonald’s, demikian lapor Daily Mail.
Pekerja McDonald’s, seawal usia 17 tahun, memberitahu BBC bahawa dia diraba dan diganggu secara rutin sepanjang bekerja di syarikat rangkaian makanan segera itu.
Siasatan atas dakwaan itu mendorong badan pemerhati kesaksamaan United Kingdom melancarkan talian e-mel khas untuk kakitangan terbabit dengan pelbagai penemuan mengejutkan.
Seorang staf yang masih bekerja di Nottingham mendakwa dia dilihat sebagai ‘daging segar’ oleh rakan sekerja lelakinya, manakala yang lain mendakwa pengurus mereka memaksa mengenakan pakaian seragam yang terlalu ketat.
Seorang bekas pekerja, Emily, 22 pula berkata gangguan sememangnya satu jangkaan seandainya bekerja di McDonald’s.
Dia meninggalkan cawangan di Brighton tahun lepas selepas rakan sekerja lelaki dalam lingkungan 60an kerap membelai rambutnya secara seksual yang membuatnya tidak selesa.
Seorang pekerja 16 tahun bernama Shelby, yang meninggalkan cawangan Berkshire tahun lalu menceritakan rutin rakan sekerja lelaki lebih tua yang akan ‘meraba’ kakitangan wanita.
“Setiap syif saya bertugas, satu komen sekurang-kurangnya akan diberikan, saya digesek, tangannya disapu pada badan saya, atau lebih teruk, punggung atau pinggul saya dicengkam,” katanya.
“Saya rasa mereka langsung tidak memikirkan tentang kakitangan mereka,” kata seorang pekerja McDonald’s.
Aduan-aduan itu datang beberapa bulan selepas jenama itu menandatangani perjanjian dengan badan pemerhati kesaksamaan dengan berlegarnya kebimbangan dalam cara syarikat gergasi itu mengendalikan gangguan seperti diadukan kakitangan mereka di UK.
McDonald’s membuat perjanjian yang sah bersama Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia (EHRC) pada Februari lalu yang mana kumpulan restoran itu perlu komited ke atas beberapa perkara untuk melindungi pekerja dengan lebih baik.
Sumber: Daily Mail, BBC, Daily Mail.
