Connect with us

Antarabangsa

Liverpool anjur acara Pride untuk kelompok LGBT Ukraine

Ribuan penyokong kelompok songsang turun ke jalanan Liverpool, United Kingdom (UK) sempena sambutan Pride yang diadakan bagi pihak ibu kota Ukraine, Kyiv yang sedang berperang, lapor Daily Mail.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Liverpool anjur acara Pride untuk kelompok LGBT Ukraine
Foto: Ribuan penyokong kelompok songsang turun ke jalanan Liverpool, United Kingdom (UK) sempena sambutan Pride yang diadakan bagi pihak ibu kota Ukraine, Kyiv.
  • Ribuan penyokong kelompok songsang turun ke jalanan Liverpool, United Kingdom (UK) sempena sambutan Pride yang diadakan bagi pihak ibu kota Ukraine, Kyiv yang sedang berperang, lapor Daily Mail.
  • Perarakan pada minggu lalu itu disertai ramai kelompok songsang LGBT+ dari Ukraine.
  • Jurucakap KyivPride, Edward Reese, antara yang mengembara dari Kyiv ke Liverpool untuk mengambil bahagian dalam acara itu berkata, “kami berarak bersama untuk Ukraine, untuk kebebasan, untuk mengingatkan dunia dan UK bahawa perang (di Ukraine) belum berakhir”.

Ribuan penyokong kelompok songsang turun ke jalanan Liverpool, United Kingdom (UK) sempena sambutan Pride yang diadakan bagi pihak ibu kota Ukraine, Kyiv yang sedang berperang, lapor Daily Mail.

Acara perarakan pada minggu lalu itu disertai ramai kelompok songsang LGBT+ dari Ukraine.

Jurucakap KyivPride, Edward Reese, antara yang mengembara dari Kyiv ke Liverpool untuk mengambil bahagian dalam acara itu berkata, “kami berarak bersama untuk Ukraine, untuk kebebasan, untuk mengingatkan dunia dan UK bahawa perang (di Ukraine) belum berakhir”.

“Hubungan Liverpool dan Ukraine satu persahabatan yang menakjubkan,” katanya, menambah “Liverpool sebuah bandar sangat mesra dan kami sangat gembira berada di sini”. 

Acara Pride di Liverpool itu antara lain membabitkan penganjuran parti jalanan, parti taman di Gereja Parish Liverpool dan binaan sementara ruang selamat LGBT+ untuk peserta dari kelompok songsang itu.

Lebih 15,000 individu ke Liverpool untuk meraikan sambutan Pride pada tahun lalu bagi menikmati muzik, tarian dan mempertontonkan pakaian mereka.

“Agenda Kristian konservatif dan anti-jantina sangat kuat di United Kingdom, Amerika Syarikat, Eropah dan di mana-mana sahaja, jadi adalah sangat penting untuk berdiri bersama kerana peperangan ‘hak’ ini, belum berakhir,” kata Edward.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *