Antarabangsa
Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim India bantah cadangan Kod Sivil Seragam
Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB) semalam mengadakan mesyuarat penting di Lucknow untuk membincangkan cadangan Kod Sivil Seragam (UCC).

- Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB) semalam mengadakan mesyuarat penting di Lucknow untuk membincangkan cadangan Kod Sivil Seragam (UCC).
- Lembaga itu turut mengisytiharkan bantahan terhadap UCC selepas perbincangan tersebut.
- Ahli Lembaga AIMPLB, Maulana Khalid Rasheed Farangi Mahali membuat pengumuman itu dan menggesa orang ramai bersatu menentang undang-undang tersebut.
Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim Seluruh India (AIMPLB) semalam mengadakan mesyuarat penting di Lucknow untuk membincangkan cadangan Kod Sivil Seragam (UCC).
Menurut laporan ABP News, lembaga itu turut mengisytiharkan bantahan terhadap UCC selepas perbincangan tersebut.
Pertemuan itu berlangsung kira-kira tiga jam di mana perbincangan meluas mengenai topik berkenaan diadakan.
Pengumuman itu dibuat Ahli Lembaga AIMPLB, Maulana Khalid Rasheed Farangi Mahali yang turut menggesa orang ramai untuk bersatu menentang undang-undang tersebut.
Menurut Khalid Rasheed Farangi, Lembaga Undang-undang Peribadi diasaskan berdasarkan prinsip Syariah dan tiada Muslim akan bertolak ansur dengan sebarang pengubahsuaian terhadapnya.
Katanya, AIMPLB bercadang mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengandungi maklumat terperinci mengenai draf yang perlu dikemukakan kepada Suruhanjaya Undang-undang.
Beliau menyebut pautan berkenaan akan dikongsi bagi membolehkan individu menyatakan pendapat mereka terhadap cadangan UCC.
Dua draf mengenai UCC akan diserahkan kepada Suruhanjaya Undang-undang, masing-masing daripada Lembaga Undang-undang Peribadi Muslim dan Jamiat Ulema-e-Hind.
Draf terakhir mengenai UCC bagi Jamiat Uleme-e-Hind akan diketuai presidennya iaitu Arshad Madani yang akan berunding bersama peguamnya sebelum menangguhkan maklum balasnya.
Naib Presiden Jagdeep Dhankhar pada Selasa berkata masanya telah tiba untuk memperkenalkan UCC di India selepas Perdana Menteri Narendra Modi menggesa pelaksanaan UCC.
Sumber: ABP News
