Antarabangsa
Lebih 3,800 rakyat Palestin ditahan rejim penjajah Israel sejak awal 2023
Pasukan pendudukan Israel menahan 3,866 rakyat Palestin termasuk 568 kanak-kanak dan 72 wanita sejak awal tahun ini, menurut kumpulan hak asasi Palestin.

- Pasukan pendudukan Israel menahan 3,866 rakyat Palestin termasuk 568 kanak-kanak dan 72 wanita sejak awal tahun ini, menurut kumpulan hak asasi Palestin.
- Jumlah itu didedahkan dalam satu kenyataan bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Kelab Tahanan Palestin, pertubuhan hak-hak banduan Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Al-Hilwa.
- Dalam kenyataan itu, mereka menyatakan bahawa jumlah terbesar rakyat Palestin telah ditahan dari wilayah Baitulmaqdis iaitu seramai 1,800 orang.
- Katanya, sehingga kini kira-kira 5,000 warga Palestin berada di penjara Israel, termasuk 32 wanita dan 160 kanak-kanak.
RAMALLAH, 29 Zulhijjah 1444H, Selasa – Pasukan pendudukan Israel menahan 3,866 rakyat Palestin termasuk 568 kanak-kanak dan 72 wanita sejak awal tahun ini, menurut kumpulan hak asasi Palestin.
Jumlah itu didedahkan dalam satu kenyataan bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Kelab Tahanan Palestin, pertubuhan hak-hak banduan Addameer dan Pusat Maklumat Wadi Al-Hilwa.
Dalam kenyataan itu, mereka menyatakan bahawa jumlah terbesar rakyat Palestin telah ditahan dari wilayah Baitulmaqdis iaitu seramai 1,800 orang.
Katanya, sehingga kini kira-kira 5,000 warga Palestin berada di penjara Israel, termasuk 32 wanita dan 160 kanak-kanak.
Kira-kira 862 rakyat Palestin telah diletakkan di bawah tahanan pentadbiran – langkah yang disifatkan bertentangan hak asasi manusia kerana dilakukan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.
Sumber: Ismaweb

You must be logged in to post a comment Login