Terkini
Laungan ‘Hoi hoi ya hoi’ sambut penyokong Kerajaan Madani di Gombak
Teriakan ‘hoi hoi ya hoi’ dilaungkan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, dipercayai cuba mencetuskan provokasi kepada penyokong Kerajaan Madani.
- Teriakan ‘Hoi hoi ya hoi’ dilaungkan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, dipercayai cuba mencetuskan provokasi kepada penyokong Kerajaan Madani.
- Utusan Malaysia melaporkan pihak terbabit berbuat demikian sejurus selepas kumpulan penyokong kerajaan tiba di SMK Sungai Pusu yang juga merupakan pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.
- Parlimen Gombak antara kerusi ‘panas’ pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor yang menyaksikan pertembungan tiga pengerusi parti negeri menghantar borang pencalonan untuk bertanding dalam PRN kali ini.
GOMBAK – Teriakan ‘hoi hoi ya hoi’ dilaungkan penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berkumpul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, dipercayai cuba mencetuskan provokasi kepada penyokong Kerajaan Madani.
Utusan Malaysia melaporkan pihak terbabit berbuat demikian sejurus selepas kumpulan penyokong kerajaan tiba di SMK Sungai Pusu yang juga merupakan pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.
Parlimen Gombak antara kerusi ‘panas’ pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor yang menyaksikan pertembungan tiga pengerusi parti negeri menghantar borang pencalonan untuk bertanding dalam PRN kali ini.
Tiga nama besar itu adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Megat Zulkarnain bertanding di DUN Gombak Setia dan bertembung dengan penyandang, Hilman Idham dari PN.
Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor pula akan mempertahankan DUN Sungai Tua, berdepan calon PN, Muhammad Hanif Jamaluddin.
Di DUN Hulu Kelang, Mohamed Azmin dijangka ditentang bekas ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli. – The Merdeka Times
Sumber: Utusan Malaysia