Connect with us

Terkini

Kontroversi The 1975: Saring semua konsert antarabangsa – Dr Zulkifli Al-Bakri

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggesa pihak berkuasa menyaring semua konsert antarabangsa yang akan diadakan di negara ini bagi mengelakkan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini, daripada berulang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Kontroversi The 1975: Saring semua konsert antarabangsa – Dr Zulkifli Al-Bakri
Foto: Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggesa kerajaan menyaring semua konsert antarabangsa yang akan diadakan di negara ini bagi mengelakkan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini, daripada berulang.
  • Zulkifli, yang juga bekas mufti, menyelar aksi biadab kumpulan terbabit yang kononnya dilakukan atas nama hak kebebasan bersuara, tapi hakikatnya merendahkan dan menghina maruah rakyat Malaysia.
  • Katanya, adalah tidak patut sama sekali konsert atau persembahan seperti itu dibenarkan di Malaysia.
  • “Mana-mana kumpulan muzik yang mempunyai sejarah yang bermasalah dari apa-apa sudut terkait Malaysia seperti 3R (agama, kaum dan raja-raja), atau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan walaupun berbeza dengan negara-negara lain seperti mempromosi LGBTQ+, hendaklah dilarang untuk memasuki negara,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bertajuk, ‘#30 Maruah Malaysia Dihina Kumpulan 1975’ kelmarin.
  • Terdahulu, persembahan kumpulan The 1975 di Festival Good Vibes pada 21 Julai lalu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya, Matty Healy menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dengan memperlekehkan undang-undang negara berkaitan LGBT.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menggesa pihak berkuasa menyaring semua konsert antarabangsa yang akan diadakan di negara ini bagi mengelakkan kontroversi kumpulan pop rock British, The 1975 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, baru-baru ini, daripada berulang.

Zulkifli, yang juga bekas mufti, menyelar aksi biadab kumpulan terbabit yang kononnya dilakukan atas nama hak kebebasan bersuara, tapi hakikatnya merendahkan dan menghina maruah rakyat Malaysia.

Katanya, adalah tidak patut sama sekali konsert atau persembahan seperti itu dibenarkan di Malaysia.

“Mana-mana kumpulan muzik yang mempunyai sejarah yang bermasalah dari apa-apa sudut terkait Malaysia seperti 3R (agama, kaum dan raja-raja), atau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan walaupun berbeza dengan negara-negara lain seperti mempromosi LGBTQ+, hendaklah dilarang untuk memasuki negara,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri bertajuk, ‘#30 Maruah Malaysia Dihina Kumpulan 1975’ kelmarin.

Terdahulu, persembahan kumpulan The 1975 di Festival Good Vibes pada 21 Julai lalu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya, Matty Healy menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dengan memperlekehkan undang-undang negara berkaitan LGBT.

Malah vokalis biadab itu juga menunjukkan aksi melampau, termasuk mabuk, minum arak, meludah dan mencium pemain bass lelaki kumpulan itu ketika konsert sedang berlangsung. 

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata isu-isu sebegini wajar dipandang tegas dan serius pihak kerajaan.

“Kami tidak bercakap politik kerana pemimpin politik datang dan pergi di sesebuah kementerian. Namun sesiapa sahaja yang menerajui kementerian berkaitan, perlu lebih cakna akan hal-hal sebegini. 

“Ini kerana implikasinya teramat banyak kepada Malaysia, masyarakatnya sementelahan anak-anak muda yang menjadi benteng negara,” kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu. 

Zulkifli turut menyokong baik tindakan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang akan menyerahkan satu garis panduan baharu berkaitan penganjuran konsert kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) minggu hadapan. 

Beliau berkata hak kebebasan bersuara itu sudah diberikan seluas-luasnya berlandaskan dengan prinsip Rukun Negara dan kepatuhan itu lebih terpakai kepada individu luar yang hanya bertandang ke Malaysia. 

Zulkifli mengakhiri pandangannya dengan kenyataan tegas berbunyi, “Peradaban dan akhlak kita tidak serendah itu untuk kita bertolak ansur atas perlakuan mereka”. – The Merdeka Times 

Sumber: Laman Web Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *