Connect with us

Antarabangsa

Konflik Sudan berlarutan, Warga Khartoum diancam kebuluran

Rakyat Sudan terutama warga Khartoum diancam kebuluran akibat konflik yang berlarutan hampir lima bulan hingga membunuh ratusan orang dan menjadikan jalan-jalan di ibu kota Khartoum sebagai zon perang.

Wartawan TMT

Published

on

Konflik Sudan berlarutan, Warga Khartoum diancam kebuluran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rakyat Sudan terutama warga Khartoum diancam kebuluran akibat konflik yang berlarutan hampir lima bulan hingga membunuh ratusan orang dan menjadikan jalan-jalan di ibu kota Khartoum sebagai zon perang.
  • Menurut laporan media, import makanan negara dan pertanian domestik menghadapi gangguan teruk, menyebabkan rak pasar raya kosong.
  • Kebanyakan pasar, kedai dan stesen minyak ditutup, malah komoditi asas seperti gas memasak adalah terhad dan dijual pada harga terlalu tinggi di pasaran gelap.
  • “Mendapatkan bekalan yang sedikit adalah satu cabaran, ditambah lagi dengan ancaman peluru yang berterusan dan kekurangan wang tunai, elektrik, air dan gas,” luah seorang penduduk Khartoum, Yasir Hassan, 45.

JUBA, SOUTH SUDAN – Rakyat Sudan terutama warga Khartoum diancam kebuluran akibat konflik yang berlarutan hampir lima bulan hingga membunuh ratusan orang dan menjadikan jalan-jalan di ibu kota Khartoum sebagai zon perang.

Menurut laporan media, import makanan negara dan pertanian domestik telah menghadapi gangguan teruk, menyebabkan rak pasar raya kosong.

Kebanyakan pasar, kedai dan stesen minyak ditutup, malah komoditi asas seperti gas memasak adalah terhad dan dijual pada harga terlalu tinggi di pasaran gelap.

“Mendapatkan bekalan yang sedikit adalah satu cabaran, ditambah lagi dengan ancaman peluru yang berterusan dan kekurangan wang tunai, elektrik, air dan gas,” luah seorang penduduk Khartoum, Yasir Hassan, 45.

Katanya, harga barangan keperluan melambung tinggi, dengan kos kambing mencecah $91 sekilogram manakala daging ayam hampir tiada, dan buah-buahan serta sayur-sayuran semakin hilang dari pasaran.

Susulan itu, kebanyakan keluarga tidak mempunyai pilihan lain selain menanggung kelaparan dan kekurangan zat makanan.

Sumber: Samudera

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending