Connect with us

Ekonomi

Kerajaan tiada pelan konkrit isu keterjaminan makanan – Pakar Ekonomi

“Kerajaan dilihat masih tiada mempunyai pelan konkrit berhubung isu keterjaminan makanan, meskipun kepimpinan negara sudah membincangkan perkara itu lebih 10 tahun lepas,” kata pakar.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tiada pelan konkrit isu keterjaminan makanan - Pakar Ekonomi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kerajaan dilihat masih tiada mempunyai pelan konkrit berhubung isu keterjaminan makanan, meskipun kepimpinan negara sudah membincangkan perkara itu lebih 10 tahun lepas,” kata pakar.
  • Penganalisis Ekonomi, Politik dan Hubungan Antarabangsa Herizal Hazri berkata, ini menyebabkan kerisauan berhubung pergerakan mata wang negara kerana Malaysia masih mengimport lebih separuh bahan makanan dari negara luar.
  • “Ini masalah besar. Saya telah buat banyak kajian dan membentangkan kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini betapa bahaya jika kita mengawal kebergantungan makanan kita di peringkat antarabangsa.”
  • “Banyak kajian telah menunjukkan tidak ada ekonomi yang berasal dari pertanian berjaya mencapai berpendapatan tinggi tanpa memodenkan pertanian mereka,” katanya dalam bicara Dialog Tiga Penjuru oleh Astro Awani malam tadi, yang membincangkan masalah kejatuhan nilai wang ringgit. 
  • Katanya, situasi itu seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan di pasaran.  
  • Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia, Noor Azlan Ghazali berkata, perbincangan mengenai mata wang sering kali dikaitkan dengan kelemahan satu-satu kerajaan dan tidak kepada masalah struktur.
  • “Kita tidak pernah menangani masalah-masalah yang memungkinkan ekonomi terkesan jika mata wang kita jatuh,” katanya.

“Kerajaan dilihat masih tiada mempunyai pelan konkrit berhubung isu keterjaminan makanan, meskipun kepimpinan negara sudah membincangkan perkara itu lebih 10 tahun lepas,” kata pakar.

Penganalisis Ekonomi, Politik dan Hubungan Antarabangsa Herizal Hazri berkata, ini menyebabkan kerisauan berhubung pergerakan mata wang negara kerana Malaysia masih mengimport lebih separuh bahan makanan dari negara luar.

“Ini masalah besar. Saya telah buat banyak kajian dan membentangkan kepada kerajaan-kerajaan sebelum ini betapa bahaya jika kita mengawal kebergantungan makanan kita di peringkat antarabangsa.

“Banyak kajian telah menunjukkan tidak ada ekonomi yang berasal dari pertanian berjaya mencapai berpendapatan tinggi tanpa memodenkan pertanian mereka,” katanya dalam bicara Dialog Tiga Penjuru oleh Astro Awani malam tadi, yang membincangkan masalah kejatuhan nilai wang ringgit. 

Beliau yang merupakan bekas Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) berkata, situasi itu seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan di pasaran.  

Nilai ringgit menjadi perbualan ramai apabila ia semakin menyusut sejak beberapa bulan lepas, akibat daripada kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan di Amerika Syarikat.

Susulan itu, Bank Negara (BNM) turut sebelum ini menaikkan kadar polisi semalaman (OPR) bagi mengekang inflasi dan mengawal kejatuhan ringgit. 

Bekalan asas menjadi isu selepas pandemik Covid-19 apabila rantaian bekalan terganggu akibat peperangan antara Ukraine dan Rusia, yang mana kedua-dua negara itu merupakan antara pengeluar gandum terbesar dunia. 

Harga ayam dan telur antara yang naik di Malaysia kerana bekalan dedak dan ubat ternakan unggas meningkat. 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu dipertanggungjawabkan untuk menguruskan masalah bekalan makanan sejak pembentukan kerajaan perpaduan.

Antara keputusan yang dicapai ialah membuka pasaran Malaysia kepada import telur dari India.

Nilai import makanan Malaysia naik kepada RM75 bilion bagi tahun lepas dan dijangka mencecah RM100 bilion pada tahun 2025. 

Sementara Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Universiti Kebangsaan Malaysia, Noor Azlan Ghazali berkata, kebergantungan terhadap import makanan bukanlah satu isu yang baru dibincangkan.

“Kalau kita lihat dokumen pembangunan, semuanya menyebut perkara sama. Namun perhatian kita terhadap masalah-masalah ini hanya muncul sekali-sekala,” katanya. 

Menurut Azlan, perihal ekonomi tidak boleh dikaitkan dengan kepimpinan yang sedia ada semata-mata, susulan permasalahannya sudah wujud sejak sekian lama. 

Herizal menambah, perbincangan mengenai mata wang sering kali dikaitkan dengan kelemahan satu-satu kerajaan dan tidak kepada masalah struktur.

“Kita tidak pernah menangani masalah-masalah yang memungkinkan ekonomi terkesan jika mata wang kita jatuh,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, dasar pertanian tidak diubah suai untuk memberi hala tuju yang lebih baik kepada pemain industri.

“Projek kerajaan hanya kekal sebagai projek di sesetengah tempat dan tiada impak ekonomi jangka masa panjang yang lestari,” katanya. 

Sumber: MalaysiaNow

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending