Connect with us

Terkini

Kerajaan digesa cari penyelesaian, bukan sekat laporan media

Kerajaan digesa untuk tidak menyekat kebebasan media dalam melaporkan sesuatu berita demi kepentingan rakyat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan digesa cari penyelesaian, bukan sekat laporan media
Foto: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
  • Kerajaan digesa untuk tidak menyekat kebebasan media dalam melaporkan sesuatu berita demi kepentingan rakyat.
  • Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan tersebut perlu dihentikan, sebaliknya apa yang kerajaan perlu lakukan adalah mencari jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang berlaku.
  • “Kali ini mengenai laporan kemungkinan harga barang akan naik 20 peratus mulai Ogos nanti.
  • “Tidak salah untuk Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) pertikai laporan media yang menunjukkan kerajaan gagal menjaga rakyat dan gagal mengawal kenaikan kos sara hidup.
  • “Kerajaan ini hanya tahu bercakap dan mengawal suara rakyat secara kuku besi. Tapi tidak kompeten dalam benar-benar membawa penyelesaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa untuk tidak menyekat kebebasan media dalam melaporkan sesuatu berita demi kepentingan rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan tersebut perlu dihentikan, sebaliknya apa yang kerajaan perlu lakukan adalah mencari jalan penyelesaian dalam setiap permasalahan yang berlaku.

“Kali ini mengenai laporan kemungkinan harga barang akan naik 20 peratus mulai Ogos nanti.

“Tidak salah untuk Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) pertikai laporan media yang menunjukkan kerajaan gagal menjaga rakyat dan gagal mengawal kenaikan kos sara hidup.

“Kerajaan ini hanya tahu bercakap dan mengawal suara rakyat secara kuku besi. Tapi tidak kompeten dalam benar-benar membawa penyelesaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Fahmi menafikan laporan media tempatan mengenai jangkaan kenaikan harga pada pertengahan Ogos ini.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam kenyataan terbaru hari ini turut menyatakan harga barangan asas tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful turut meminta jaminan daripada Fahmi supaya langkah sekatan terhadap media tidak akan berulang sebagai tanda kebebasan yang harus dilaporkan oleh pihak media.

“Saya minta jaminan bahawa Fahmi tidak akan meneruskan perangai kuku besi menghalang media daripada menjalankan tugas untuk melaporkan berita-berita yang mahu dilaporkan, atau memanggil media untuk diberi amaran.

“Kebebasan media semakin terhakis dalam negara kita. Kerakusan kerajaan menyalahgunakan kuasa mesti dihentikan,” jelasnya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author