Connect with us

Antarabangsa

Jutawan hartanah Muslim bina masjid di kompleks ikonik London

Seorang jutawan Islam sedang membina sebuah masjid gergasi di tengah-tengah kawasan hiburan di London, United Kingdom (UK).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jutawan hartanah Muslim bina masjid di kompleks ikonik London
Foto: Hartawan hartanah, Asif Aziz, 56, yang dikenali sebagai 'Mr West End'.
  • Seorang jutawan Islam sedang membina sebuah masjid gergasi di tengah-tengah kawasan hiburan di London, United Kingdom (UK).
  • Hartawan hartanah, Asif Aziz, 56, yang dikenali sebagai ‘Mr West End‘, sedang membina rumah ibadat dan pusat Islam tiga tingkat itu di dalam Trocadero yang terletak di antara Piccadilly Circus dan Soho.
  • Rumah ibadat tiga tingkat yang mempunyai kapasiti 390 jemaah itu akan mengisi ruang terbiar pawagam Metro yang ditutup pada 2006.

Seorang jutawan Islam sedang membina sebuah masjid gergasi di tengah-tengah kawasan hiburan di London, United Kingdom (UK).

Hartawan hartanah, Asif Aziz, 56, yang dikenali sebagai ‘Mr West End‘, sedang membina rumah ibadat dan pusat Islam tiga tingkat itu di dalam Trocadero yang terletak di antara Piccadilly Circus dan Soho.

Rumah ibadat tiga tingkat yang mempunyai kapasiti 390 jemaah itu akan mengisi ruang terbiar pawagam Metro yang ditutup pada 2006.

Sebelum ini, cadangan untuk masjid berkapasiti 1,000 jemaah di tapak itu ditarik balik pada 2020 berikutan tindak balas daripada penduduk dan kumpulan sayap kanan.

Bagaimanapun, permohonan perancangan untuk pembangunan lebih kecil diluluskan pada akhir Mei lalu oleh Westminster Council.

Jurucakap majlis perbandaran itu mengesahkan kepada The Mail pada Ahad bahawa “permohonan perancangan oleh Yayasan Aziz untuk menukar sebahagian daripada London Trocadero telah diluluskan oleh jawatankuasa perancangan majlis pada Mei 2023”.

Berkemungkinan dipanggil ‘Ruang Solat Piccadilly’, masjid itu dijangka dibuka dalam beberapa bulan. 

Pengkritik mempersoalkan sama ada ia perlu dibina di kawasan itu yang dipenuhi dengan bar yang menghidangkan alkohol, kelab malam dan tempat gay di Soho dan tarian tiang yang semuanya dijauhi umat Islam.

Asif yang juga kelahiran Malawi, memiliki portfolio hartanah lebih £2 bilion (RM9 bilion) dan membeli Trocadero sendiri dengan harga lebih £220 juta (RM1.31 juta) pada 2005, mengasaskan masjid itu melalui badan amalnya, Yayasan Aziz.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *