Antarabangsa
Ibu bapa Muslim kritik Perdana Menteri Kanada atas kebimbangan kurikulum LGBTQ
Ibu bapa Muslim di Maryland mengkritik Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kerana menyalahkan kumpulan sayap kanan Amerika ekoran penentangan umat Islam di negara itu terhadap ideologi jantina dan pendidikan LGBTQ di sekolah.
- Ibu bapa Muslim di Maryland mengkritik Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kerana menyalahkan kumpulan sayap kanan Amerika ekoran penentangan umat Islam di negara itu terhadap ideologi jantina dan pendidikan LGBTQ di sekolah.
- Mereka dilaporkan “tersinggung dengan kenyataan Trudeau” mengatakan sama ada perdana menteri itu “berbohong atau salah maklumat”.
- “Sungguh mengejutkan bahawa Trudeau akan menggunakan hujah bodoh yang sama digunakan di Amerika Syarikat,” seorang bapa dari Montgomery County, Maryland, Kareem Monib.
Ibu bapa Muslim di Maryland mengkritik Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kerana menyalahkan kumpulan sayap kanan Amerika ekoran penentangan umat Islam di negara itu terhadap ideologi jantina dan pendidikan LGBTQ di sekolah.
Mereka dilaporkan “tersinggung dengan kenyataan Trudeau” dan mengatakan sama ada perdana menteri itu “berbohong atau salah maklumat”.
“Sungguh mengejutkan bahawa Trudeau akan menggunakan hujah bodoh sama digunakan di Amerika Syarikat,” seorang bapa dari Montgomery County, Maryland, Kareem Monib memberitahu Fox News Digital.
“Saya terkejut mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dikatakan selain menuduh ibu bapa yang benar-benar prihatin dan ingin menyampaikan ajaran agama kepada anak-anak mereka untuk mengatakan bahawa itu adalah manipulasi sayap kanan,” katanya.
Minggu lalu, Trudeau dilaporkan bercakap dengan ibu bapa di sebuah masjid di Calgary selepas ratusan ibu bapa Islam berkumpul di Ottawa pada 9 dan 13 Jun lalu untuk membantah pendidikan LGBTQ di sekolah.
Trudeau memberitahu orang ramai di Calgary bahawa “orang di media sosial, terlalu didorong sayap kanan Amerika” bagi membangkitkan protes dan berkata mereka mengejar kepentingan mereka sendiri.
“Saya terkejut bahawa Trudeau juga tidak bertanya kepada dirinya sendiri mengapa ini berlaku.
“Adakah kerana terdapat jangkauan yang agresif untuk melakukan ini?,” soal Kareem.
Katanya, tuduhan manipulasi sayap kanan itu adalah satu cara untuk pihak terbabit mengelak daripada melihat peranan dan tanggungjawab mereka dalam mewujudkan situasi ini.
Sumber: About Islam