Connect with us

Terkini

(VIDEO) Himpunan promosi LGBT, ajaran Ahmadi di Sogo disiasat – Pengarah JAWI

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang mendapatkan keterangan daripada individu berkait dengan perhimpunan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi di hadapan Sogo, di sini, baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Himpunan promosi LGBT, ajaran Ahmadi di Sogo disiasat – Pengarah JAWI
Foto: Tangkap layar video beberapa individu berkait dengan perhimpunan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi di hadapan Sogo.
  • Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang mendapatkan keterangan daripada individu berkait dengan perhimpunan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi di hadapan Sogo, di sini, baru-baru ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keterangan daripada individu terlibat adalah bagi tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • “Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

KUALA LUMPUR – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang mendapatkan keterangan daripada individu berkait dengan perhimpunan yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi di hadapan Sogo, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, keterangan daripada individu terlibat adalah bagi tujuan siasatan dan tindakan selanjutnya bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd Ajib berkata, umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan diingatkan agar menjauhkan diri daripada terpengaruh dengan ajaran yang bercanggah dengan akidah Islam serta mendapatkan ilmu tentang ajaran Islam melalui sumber yang sahih dan berautoriti.

Baru-baru ini tular video di media sosial memaparkan satu perhimpunan di Sogo, di sini, yang melibatkan beberapa individu yang membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran Ahmadi.

Sumber: Al Hijrah

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *