Connect with us

Antarabangsa

Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan tibi tidak dilaksanakan – PBB

Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak penyakit tibi boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan tibi tidak dilaksanakan - PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran kegagalan melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak penyakit tibi boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
  • Agensi PBB itu menegaskan pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan tibi adalah langkah yang berkos efektif, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
  • Langkah itu mampu mengurangkan 35 kematian dalam kalangan kontak pesakit dan penghidap HIV dalam tempoh 12 tahun akan datang.
  • Kajian bersama UNITAID, Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat dan Institut Aurum itu mendapati strategi ini boleh menyelamatkan 850,000 nyawa menjelang 2035, yang kebanyakannya mungkin dalam kalangan kanak-kanak memandangkan kadar identifikasi rendah semasa bagi berumur di bawah 15 tahun.
  • “Pada masa ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang didiagnosis dengan tibi tidak mendapat rawatan mengakibatkan banyak nyawa terkorban,” kata ahli fakulti di Johns Hopkins, Tess Ryckman.

NEW YORK: Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak penyakit tibi boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.

Agensi PBB itu menegaskan bahawa pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan tibi adalah langkah yang berkos efektif, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Langkah itu mampu mengurangkan 35 kematian dalam kalangan kontak pesakit dan penghidap HIV dalam tempoh 12 tahun akan datang.

Kajian bersama UNITAID, Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat dan Institut Aurum itu mendapati strategi ini boleh menyelamatkan 850,000 nyawa menjelang 2035, yang kebanyakannya mungkin dalam kalangan kanak-kanak memandangkan kadar identifikasi rendah semasa bagi yang berumur di bawah 15 tahun.

Menurut kajian itu, kegagalan untuk melaksanakan gabungan intervensi ini akan mengakibatkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.

“Pada masa ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang didiagnosis dengan tibi tidak mendapat rawatan mengakibatkan banyak nyawa terkorban,” kata ahli fakulti di Johns Hopkins, Tess Ryckman.

Tibi kekal sebagai penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia walaupun ia boleh dicegah dan disembuhkan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia dijangkiti tibi dan berisiko menyebarkan penyakit aktif, menyebabkan penyakit yang teruk.

Selepas beberapa siri rundingan yang diketuai oleh UNITAID, kos rawatan berkurangan lebih 70 peratus sejak 2017, menjadikan penyakit itu lebih mudah dicegah dan diubati.

Selain kos berpatutan, rejimen rawatan baharu yang lebih pendek bermakna jangkitan tibi boleh disekat, sebelum berkembang menjadi penyakit aktif, menurut UNITAID.

Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap tibi.

Sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB kedua mengenai tibi pada September ini, UNITAID menggesa komitmen dan sokongan kewangan segera dalam pencegahan penyakit dan kematian akibat tibi. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *